PETALING JAYA: Seorang bekas menteri kerja raya meminta kerajaan menjelaskan keperluan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dihidupkan semula setelah dibatalkan pada 2021.
Mohd Zin Mohamed menegaskan bahawa kerajaan perlu memberikan penjelasan yang “lebih terperinci dan jujur” mengenai keperluan projek itu, selain manfaatnya kepada rakyat dan negara.
“Apakah projek ini benar-benar dihidupkan semula setelah pembayaran pampasan kepada Singapura sebanyak USD76.25 juta (RM 349,938,321)?” soalnya dalam kenyataan.
“Kebolehlaksanaan projek ini harus memberi keutamaan kepada kerjasama yang memberikan manfaat yang sewajarnya kepada Malaysia dan Singapura berdasarkan prinsip menang-menang.”
Terdahulu, Pengerusi MyHSR Corp Fauzi Abdul Rahman mengumumkan bahawa projek HSR itu akan diteruskan semula, dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta.
Malaysia dan Singapura sebelum ini bersetuju untuk bersama-sama membangunkan projek sepanjang 350km bernilai RM110 bilion itu, yang memendekkan masa perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura kepada 90 minit.
Namun, pada 1 Jan 2021, kedua-dua negara mengumumkan penamatan projek itu apabila kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan bagi perubahan yang dicadangkan Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Dis 2020.
Pada Mac 2021, Malaysia mengumumkan membayar SGD102.8 juta kepada Singapura selaku kos yang ditanggung bagi pembangunan projek dan berkaitan pelanjutan penangguhannya.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment