KUALA LUMPUR – Perbuatan mana-mana pihak yang menyerbu masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) termasuk menteri, selain Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu dipandang serius oleh Kerajaan Malaysia.
Ini kerana keselamatan lapangan terbang di seluruh dunia bukan sahaja tertakluk kepada peraturan negara, tetapi juga berada di bawah piawaian antarabangsa yang melibatkan Pertubuhan Penerbangan Sivil Antarabangsa (ICAO).
Mengikut prosedur Annexe 17, ICAO hanya individu yang mempunyai pas masuk ‘aviation security’ atau AvSec sahaja yang boleh memasuki lapangan terbang, kata seorang sumber lapangan terbang.
Beliau yang mengikut rapat isu seorang menteri yang didakwa ‘menyerbu’ masuk KLIA baru-baru ini kononnya bagi membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen berkata, sejauh mana, setiap individu boleh memasuki bahagian lapangan terbang juga tertakluk kepada warna pas berkenaan.
Jelasnya, pas tersebut adalah surat rasmi yang dikeluarkan menurut Akta Kawasan-Kawasan dan Tempat Larangan 1959 dan arahan ini dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia.
Oleh itu, waima apa pun alasan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berhubung tindakannya ‘menyerbu’ masuk KLIA, Datuk Seri Tiong King Sing perlu membuktikan beliau mempunyai pas masuk dan memakainya sepanjang masa ketika berada di dalam bangunan tersebut.
Bukti ini penting bukan sahaja kepada rakyat yang mengikuti isu ini tetapi kepada dunia.
“Isu ini serius sebenarnya kerana jika Malaysia Airports Holdings Berhad tidak dapat membuktikan prosedur keluar dan masuk KLIA tidak dipatuhi, maka rating keselamatan KLIA akan terjejas.
“Kalau kami yang bekerja di KLIA pun wajib mematuhi piawaian ini, apatah lagi orang luar kan,” katanya.
Beliau yang sudah 30 tahun keluar, masuk lapangan terbang turut terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bahawa selagi menteri ada kerja rasmi, mereka boleh memasuki kawasan tersebut.
Menyangkal kenyataan Loke, sumber itu menyifatkan menteri tersebut telah memberi isyarat yang salah dan mengelirukan.
“Dengan kenyataan Loke itu adakah bermakna menteri pendidikan juga boleh ‘menyerbu’ masuk KLIA jika ada penuntut antarabangsa ditahan. Atau bolehkan menteri kesihatan sewenang-wenangnya memasuki KLIA dengan alasan ada penumpang dijangkiti virus?
“Jangan sesekali memandang mudah dengan semua isu sehingga keselamatan pintu masuk diambil ringan. Semua menteri perlu tahu lapangan terbang adalah salah satu pintu masuk negara yang perlu dilindungi dalam sebarang bentuk pencerobohan, lantaran itu ia di bawah kawalan Kemeenterian Dalam Negeri (KDN).
“Setahu saya, Menteri KDN pun belum memberi sebarang kenyataan, selain mahu membawa isu ini kepada mesyuarat Kabinet. Mengapa menteri daripada portfolio lain pula beriya-iya menjawab,” tanya beliau.
Pekerja itu menambah, kselamatan pintu masuk perlu dipertahankan daripada ‘diceroboh’ oleh mana-mana pihak,” katanya yang cukup kesal apabila perkara ini dipandang mudah oleh segelintir pemimpin negara. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment