Beliau sebelum ini telah meneliti pelbagai parti politik tetapi akhirnya memilih PAS sebagai penerus perjuangannya.
“Jauh di sudut hati saya telah sebenarnya menilai banyak parti politik dan saya lihat PAS adalah sebuah parti yang istiqamah dalam perjuangan.
“Saya tahu tidak mudah untuk sebuah parti yang pada asasnya tidak ada dana dan sumber kewangan yang kukuh tetapi apa yang mendasari perjuangan PAS ialah keikhlasan dan kesungguhan para jemaah untuk memastikan Islam itu terus wujud dan subur,” katanya.
Dalam pada itu, hati Prof Haim begitu tersentuh melihat kegigihan golongan awal (As-Sabiqun) dalam PAS yang tetap bersemangat walaupun mereka sudah uzur dimamah usia.
“Saya selalu terharu melihat mereka yang telah pun uzur seperti ibu ayah saya yang berjuang puluhan tahun tapi mereka tak pernah kecewa tidak pernah mengalah dan terus buat kerana apa yang mereka lakukan bukan untuk kemenangan di dunia tetapi sebenarnya untuk mencari keredhaan Allah SWT.
“Akhirnya di sana nanti pasti mendapat balasan baik daripada Allah SWT. Inilah yang membuatkan saya terpanggil pada usia 50 tahun ini untuk bersama dengan perjuangan ini,” katanya yang menambah bahawa dunia adalah tempat untuk bersiap mencari bekal menuju akhirat.
“Hidup kita ini bukan hanya di dunia tetapi di akhirat kita hanya menggunakan dunia untuk persiapan akhirat.
“Jadi saya ingin menjadi sebahagian daripada mereka generasi seterusnya untuk menyumbang ke arah kejayaan insya-Allah kita akan berjaya dan kalau tidak semalam hari ini, kalau tidak hari ini mungkin esok lusa tapi mesti bekerja untuk Islam.
“Insya-allah kita harap kita dapat memperoleh kecemerlangan dengan memenangi kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi iaitu 36-0,” katanya. – HARAKAHDAILY 31/7/2023
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment