NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Kenapa nak sibuk berdebat, PRN ini bukan untuk pilih menteri ekonomi.“ - Sanusi



Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membidas Rafizi Ramli supaya memfokuskan isu ekonomi untuk membantu rakyat daripada mengajaknya untuk berdebat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Menteri Besar Kedah itu mempersoalkan Menteri Ekonomi yang dilihat terlalu banyak masa sehingga mahu mengajaknya berdebat walhal rakyat kini sedang berdepan kos sara hidup dan ketaktentuan ekonomi, malah mencadangkan agar Rafizi fokus mencari formulanya.

“Suruh (Rafizi) jaga Kementerian Ekonomi elok-elok, guna formula-formula ajaib yang dia selalu cakap itu.

“Kenapa nak sibuk berdebat, PRN ini bukan untuk pilih menteri ekonomi. Nak pilih kerajaan negeri saja.

“Keadaan ekonomi negara kritikal sekarang, debat dengan saya tak akan ubah kedudukan ekonomi negara,” katanya dipetik laporan media.

Terdahulu, Rafizi dilapor media mencabar Sanusi untuk berdebat dengannya, dan menyifatkan sebagai Sanusi sebagai pemimpin pembangkang paling berani pada masa ini.

Menurut Harian Metro, Rafizi berkata cabaran itu bagi memulakan budaya persaingan idea untuk membantu rakyat, berbanding tumpuan kepada retorik “siapa yang lebih Melayu”.

Dalam pada itu, Sanusi sekali lagi mempersoalkan mengapa permintaannya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ditolak kerana dianggap “angkuh”.

“Siapa yang angkuh? Peruntukan wajib kepada kerajaan negeri (daripada kerajaan persekutuan) pun dikatakan sebagai bantuan pusat kepada negeri,” katanya lagi.


Sumber | Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo