NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kedah catat sejarah, luluskan geran tanah terbanyak



Kedah mencatatkan rekod kelulusan suratan hak milik tanah, geran dan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) terbanyak iaitu lebih 7300 dalam tempoh tiga tahun pemerintahan.

Menurut Menteri Besar kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor ia juga menjadi satu rekod dalam negara kerana tidak pernah ada kerajaan negeri meluluskan surat hak milik sebanyak itu.

“Ada yang sudah beberapa generasi daripada tok wan dan tok dan sekarang cucu duduk di tanah itu.

“Maka wajar pada pertimbangan kita untuk kita luluskan sebagai tapak rumah milik mereka secara sah,” ujarnya dalam Majlis Penyampaian Geran Dan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) Bagi Daerah Yan bertempat di Masjid Al-Wustho Guar Cempedak, di sini.

Kata Muhammad Sanusi, Majlis Penyampaian Geran hari ini melibatkan pemberian sembilan geran tanah di sekitar Mukim Yan, Mukim Dulang dan Mukim Sala Besar serta 80 LPS di sekitar kawasan Bukit Besar dan Mukim Sala Besar.

Tambahnya, beliau telah berbincang dengan pihak pegawai daerah untuk mengusahakan agar 80 LPS itu dapat diluluskan hak milik tanah tahun ini juga.

Dalam soal memohon tanah kerajaan, katanya kerajaan akan mengutamakan rakyat yang tidak berkemampuan dan memerlukan tanah.

“Orang yang mampu, yang ada duit, kalau nak tanah, belilah. Jangan mohon tanah Kerajaan.

“Kesian pada orang miskin yang tidak ada tanah dan terpaksa menumpang tanah orang,” kata Sanusi lagi.

Menteri Besar itu turut mencadangkan kepada Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah, Datuk Md Shuhaime Abd Rahman dan juga Pegawai-Pegawai Daerah di seluruh Kedah supaya mencari tanah kerajaan yang masih ada untuk dijadikan plot tapak rumah.

Jelas beliau, plot tanah itu akan dilengkapi dengan kemudahan infra bagi sesebuah kawasan kediaman dan mereka yang kurang berkemampuan boleh memohon.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo