NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kaum Cina jangan takut PAS ada dalam PN : Idris



Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad meminta masyarakat bukan Melayu khususnya kaum Cina agar tidak takut atau bimbang dengan kehadiran parti itu dalam Perikatan Nasional (PN)

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama itu berkata selama 33 tahun PAS memerintah Kelantan, rakyat bukan Islam hidup aman damai di negeri itu.

“Tuan-tuan yang dihormati sekalian, terutama orang Cina…jangan bimbang, jangan takut walaupun PAS ada dalam PN.

“Setakat hari ini kita sudah memerintah 33 tahun di Kelantan, seorang Cina pun tidak ada kita bunuh di Kelantan, seorang Hindu pun tak ada kita potong kepala di Kelantan, seorang siam pun kita tak ada tikam di Kelantan.

“Di Kelantan penduduk bukan Islam tak ramai, tak sampai 10% tapi mereka boleh hidup aman.

“Sebab apa? Kita, orang Islam lagi kuat dia pegang agama dan pandai hormat orang. Dia wajib jaga, saya tak boleh khianat orang bukan Islam,” katanya ketika berucap pada majlis pengumuman senarai calon PN bagi PRN Pulau Pinang, malam tadi.

Mengulas lanjut, Idris yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai berkata mengikut ajaran Islam, sesiapa yang melakukan kejahatan seperti bunuh akan dimasukkan ke dalam neraka.

“Saya tidak boleh bunuh orang bukan Islam kerana orang itu bukan beragama sama dengan kita.

“Tidak boleh, kerana mengikut kepercayaan agama kami, kalau bunuh kami akan dimasukkan dalam neraka,” katanya.

Tambahnya, “Insya-Allah, PAS tidak akan menzalimi tuan-tuan dan puan-puan (orang bukan Melayu). Yakin dan percayalah.”

Istilah gelombang hijau mula menjadi momokan yang digunakan pihak lawan untuk menggambarkan gabungan yang disertai PAS itu.

Malah sebelum ini, Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng menyifatkan jika Pulau Pinang ditadbir gelombang hijau ia akan menyebabkan tokong dirobohkan serta sekatan beragama bagi bukan Islam di negeri itu.

Bekas menteri kewangan itu kini sedang disiasat atas kenyataan tersebut kerana memainkan sentimen 3R.

Semalam, seorang ADUN DAP Pulau Pinang sendiri akui gelombang hijau itu digunakan untuk menakutkan rakyat bukan Islam di negeri itu.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo