Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. |
Pemimpin PAS menyifatkan tindakan penahanan terhadap rakan seperjuangan mereka pada jam 3 pagi tadi sebagai satu tindakan yang tidak perlu dilakukan.
Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bukannya pelarian yang perlu ditangkap polis sebelum didakwa di mahkamah.
“Kami para pimpinan tidak akan lari, jadi kenapa perlu ditahan pada pukul 3 pagi.
“Tidak perlu dilakukan demikian, beliau (Muhammad Sanusi) bukan pelarian yang mahu lari ke mana-mana,” katanya, lapor Utusan
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Kampung Tok Muchong, Marang, hari ini.
Awal pagi tadi, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) ditahan di sebuah hotel di Mont Kiara kira-kira jam 2.30 pagi oleh sepasukan polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) dan Bahagian Jenayah Gangsterim (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Muhammad Sanusi didakwa di dua Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini dengan dua pertuduhan di bawah Akta Hasutan kerana mengkritik kerajaan campuran dan beliau mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan.
Dalam pada itu, Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata penahanan itu tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap PN menjelang pilihan raya negeri, 12 Ogos ini.
Malah beliau menegaskan tiada apa yang perlu ditakuti susulan tindakan dikenakan ke atas pemimpin PAS tersebut.
Sumber I Agenda daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment