NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kami menunggu penahanan Lim Guan Eng



KUALA LUMPUR – Tiada ruang kepada mana-mana individu di negara ini yang sesuka hati mempermainkan isu agama, kaum dan institusi diraja (3R)

Justeru, tindakan perlu diambil terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira parti, sama ada kerajaan atau pembangkang, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.

“MB kedah sudah didakwa hari ini (semalam). Kita tunggu Lim Guan Eng dan yang lain juga selepas ini.

“Tidak kira apa sekalipun warna parti, sama ada kerajaan mahupun pembangkang anda tidak boleh terkecuali

“Supaya ia menjadi pengajaran kepada semua pemimpin dan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pada 9 Julai lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima beberapa laporan berhubung kenyataan Guan Eng, yang dipercayai menyentuh isu 3R.

Ahli Parlimen Bagan itu disiasat selepas mendakwa gelombang hijau bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang.

Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di dakwa di Mahkamah Selayang atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik pada minggu lepas.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo