NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Kalau hampa anak jantan, buka balik akaun TikTok saya,” – Sanusi

“Kalau hampa anak jantan, buka balik akaun TikTok saya,” itu nada keras daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini.

Menurutnya beliau adalah tidak adil apabila pihak kerajaan menutup semua saluran media yang ada termasuk media internet sewaktu tempoh kempen PRN 6 negeri ini.

“Dalam keadaan ‘perang’ ini mereka telah menyalahgunakan kuasa untuk mempengaruhi syarikat TikTok, untuk sekat TikTok saya sehingga saya tiada ruang untuk sampaikan (maklumat) dengan cepat kepada orang ramai.

“Saya tahu hampa takut kat saya tapi jangan tunjuk sangat kat orang,” katanya dengan tegas.

Sebelum ini media melaporkan, akaun TikTok rasmi Menteri Besar Kedah dikatakan tidak boleh diakses oleh semua pengguna aplikasi itu.

Berdasarkan pemerhatian Sinar Harian, akaun yang mempunyai 432,700 pengikut itu tidak boleh diakses bermula Sabtu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo