HULU LANGAT – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua yang menjadi isu antara Barisan Nasional (BN) dan DAP sejak beberapa minggu lepas kini sudah selesai apabila Datuk Johan Abd Aziz menjadi calon.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih itu berkata, tidak akan ada pertikaian lagi antara DAP dan BN berhubung kerusi tersebut sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) selesai pada 12 Ogos ini.
Ketika ditemui, Johan melahirkan keyakinan bukan sahaja BN akan berjuang untuk kemenangan sebaliknya juga dalam kalangan Pakatan Harapan (PH) khasnya DAP.
Malah ratusan penyokong yang hadir memberikan sokongan kepada Johan hari ini ketika penamaan calon pagi ini termasuk dalam kalangan PH selain daripada komponen BN seperti parti MCA dan MIC.
“Sebenarnya semua parti politik kerajaan bersepakat untuk meletakkan calon BN di Dusun Tua dan akhirnya DAP akur berhubung perkara itu. Saya rasa isu rakyat terima atau tidak, ini kawasan siapa dan sebagainya sudah selesai.
“Kita semua duduk semeja, berbincang dan bersepakat dalam kalangan peringkat Parlimen sehinggalah bahagian-bahagian parti seperti DAP sendiri, Amanah dan PKR. Jadi isu ini sudah selesai. Kita semua akan bekerjasama untuk kemenangan kita di sini,” katanya.
Penyandang kerusi Dusun Tua daripada ahli DAP iaitu, Edry Faizal Eddy Yusof malah Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pernah melahirkan rasa tidak puas hati untuk melepaskan kerusi itu.
Bendahari DAP Selangor, Ong Kian Ming pula mendakwa jika DUN itu diberi kepada UMNO tindakan itu boleh menyebabkan ketidakpuasan hati akar umbi partinya.
Apabila kerusi itu akhirnya diberikan kepada BN, DAP tampil dengan syarat sebagai pertukaran kerusi itu, DAP mencadangkan supaya Yang Dipertua Negeri Selangor dilantik dalam kalangan bukan ADUN dan mencadangkan penyandang DUN Banting, Lau Weng San sebagai calon.
DUN Dusun Tua merangkumi 63 peratus pengundi Melayu diikuti 28 peratus pengundi Cina, India tujuh peratus dan lain-lain dua peratus.
Pada PRU13, kerusi ini pernah dimenangi BN sebelum tewas kepada calon Pas sebelum DAP menang pada PRU-14. -MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment