NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jawatan hanyalah sementara, Salahuddin titip pesanan terakhir



SHAH ALAM - "Jadi menteri atau jawatan apa pun yang kita pegang pada hari ini, sedarlah ia hanya sementara," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Nasihat terakhir itu beliau titipkan sewaktu sesi dialog pada Townhall Pesta Konvensyen Universiti Utara Malaysia (UUM) 2023 bersama mahasiswa pada Jumaat lalu.

Menerusi rakaman berdurasi satu minit 30 saat yang dimuat naik di media sosial, Salahuddin turut berkata, orang Islam perlu menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai tauladan.

“Bagi saya senang sahaja, sama ada jadi menteri atau mendapat jawatan tertinggi dalam penjawat awam atau menjadi Ketua Polis Negara, kita perlu ingat, sampai bila jawatan itu akan dipegang?

“Tengok tadi saya turun ada kereta rasmi, pengawal peribadi, pemandu dan hari ini sahaja, saya ada tujuh pegawai khas, namun sampai bila semua itu akan kekal? Sampai kiamat?” soalnya.

Salahuddin, 61, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Bahiyah pada jam 9.23 malam ketika masih dalam Unit Rawatan Rapi dan berita kematian beliau diumumkan oleh anaknya, Fatihah Salahuddin menerusi perkongsian di laman sosial, Facebook.


Sumber I Sinar Harian 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo