NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan ambil tindakan sendiri, bangkit isu rasuah imigresen ke Jemaah Menteri, kata Akmal

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh, berkata tidak bersetuju tindakan Tiong King Sing menuduh pegawai imigresen rasuah ‘tanpa bukti’.


PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menasihatkan setiap menteri perlu mengetahui bidang kuasa masing-masing dan tidak sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan tanpa bukti kukuh.

Peringatan tersebut dipercayai ditujukan kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing yang dilaporkan “campur tangan” berhubung isu pelepasan seorang pelawat China daripada tahanan imigresen.

Tiong sebelum ini mendakwa terdapat unsur salah guna kuasa dan rasuah berhubung kejadian penahanan itu.

Menurut Akmal, menteri terbabit sewajarnya membawa isu amalan rasuah yang didakwa melibatkan pegawai imigresen ke Jemaah Menteri dan bukan mengambil tindakan sendiri.

“Dan sekiranya ada sekali pun unsur-unsur rasuah, menteri seharusnya mempunyai banyak cara dan yang paling berkesan adalah boleh terus berhubung dengan menteri Kementerian Dalam Negeri dan bawa ke dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“Bukan masuk dan marah sesuka hati pegawai yang sedang bertugas dan menuduh pegawai tanpa bukti yang kukuh. Mereka juga ada hati dan perasaan yang perlu dijaga,” katanya.

Terdahulu, Tiong menuntut permohonan maaf daripada Akmal kerana menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan terhadapnya atas tuduhan menyalahgunakan kedudukan dengan melanggar protokol keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Khamis lalu, berdasarkan laporan oleh portal BebasNews mendakwa seorang menteri telah memasuki Dewan Ketibaan KLIA untuk “menyelamatkan” seorang warganegara China.

Laporan tersebut mendakwa menteri tersebut didakwa masuk ke dewan ketibaan tanpa memohon pas keselamatan. Bagaimanapun, Tiong menafikan laporan itu dan menyatakan sudahpun mendapatkan pas masuk yang sah sehingga Februari tahun depan.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan, Tiong bersedia untuk berdepan dengan Jemaah Menteri susulan dakwaannya mengenai rasuah melibatkan pegawai imigresen.

“Ya, tiada masalah. Saya boleh katakan, saya tiada isu. Saya tidak mempunyai sebarang agenda. Kerana yang pertama kita mesti memberi keyakinan kepada pelancong dari seluruh dunia untuk datang,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo