KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Jamil Salleh diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Pengumuman dibuat Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika berucap pada Majlis Ceramah Perdana Jelajah Selangor Baharu-Kita Bangkit PN Sepang di pekarangan Markas PAS Labohan Dagang, di Sepang malam tadi.
Turut diumumkan Muhyiddin, calon bagi DUN Sungai Pelek, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali yang juga Ketua Bahagian Bersatu, Sepang.
“Dua nama saya mahu umumkan lebih awal, calon kita untuk DUN Sungai Pelek, Datuk Suhaimi (Mohd Ghazali) iaitu calon Bersatu dan di DUN Dengkil adalah Datuk (Seri) Jamil Salleh.
“Dia (Jamil) baru bersara dari Ketua Setiausaha KPDNHEP,” katanya seperti dilaporkan BH Online.
Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin menjelaskan, sokongan terhadap PN di Selangor penting, untuk memberi isyarat jelas bahawa rakyat menolak kerajaan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, sudah lapan bulan Anwar memimpin negara, tidak ada dasar dan perancangan yang jelas untuk memandu negara keluar dari kemelut ekonomi yang antara lain disebabkan beban dan kesan Covid-19 pada satu ketika dulu.
Katanya, lebih terbeban hari ini apabila ringgit pula jatuh ketika negara perlu mengimport hampir RM80 bilion makanan dan sebagainya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment