Keadaan jalan yang mendap sepanjang 25 meter. Gambar Bomba |
Sepanjang 25 meter Jalan Forest City-Lebuh Tanjung Pelepas di Iskandar Puteri, Johor dilaporkan mendap, petang tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II Hairulnizam Mohd Noh mengesahkan perkara itu dan berkata pihaknya menerima laporan pada jam 2.09 petang.
Difahamkan tiada kemalangan jiwa terlibat dalam insiden tersebut.
“BBP Iskandar Puteri menggerakkan tujuh anggotanya bersama sebuah jentera ke lokasi yang dilaporkan berlaku mendapan.
“Pemantauan dijalankan oleh anggota bagi penilaian risiko dan memastikan keadaan sekeliling selamat.
“Kerja selanjutnya diserahkan kepada pihak polis untuk mengawal lalu lintas di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sementara itu, pengurusan Forest City dalam satu kenyataan memberitahu mereka akan memberi kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan berhubung kejadian tersebut.
“Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 2 petang tadi, sebaik sahaja dimaklumkan, Forest City telah menghantar pasukan teknikal ke lokasi kejadian selain turut memaklumkan pihak berkuasa.
“Siasatan akan dibuat bagi mengenal pasti punca kejadian. Projek baik pulih akan dilaksanakan secepat mungkin dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan melalui media sosial Forest City dari semasa ke semasa,” katanya.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment