NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jadi calon PN, timbalan ketua Umno Sungai Buloh lucut keahlian

Harrison Hassan akan mewakili PN di DUN Jeram pada PRN Selangor. (Gambar Facebook)


PETALING JAYA: Keahlian Timbalan Ketua Umno Sungai Buloh, Harrison Hassan dilucutkan secara automatik kerana menjadi calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Jeram, kata Presiden Zahid Hamidi.

Ditanya jika Harrison pernah memohon keluar parti, katanya, beliau tidak dapat maklumat itu, tetapi hanya mendengar khabar angin dia akan bertanding atas tiket parti lain.

“Saya sudah dengar (khabar angin) sebulan lalu, jadi saya tidak terkejut dengan perkara itu.

“Kita hanya memerlukan ahli yang taat kepada parti, jika mereka lebih taat kepada parti lain, maka itu pilihan dibuat individu berkenaan,” katanya menurut Utusan Malaysia dalam sidang media di Putrajaya.

Malam tadi, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin mengumumkan gabungan itu bertanding di 56 kerusi pada PRN Selangor, di mana Bersatu meletakkan 12 calon, diikuti PAS (17), Gerakan (lapan) dan 10 calon mewakili Bersatu-Bersekutu, iaitu satu daripada sayap Bersatu.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo