Alor Setar: Pengerusi Amanah negeri didakwa sengaja membangkitkan semula isu kegiatan unsur nadir bumi (REE) di kawasan hutan Bukit Enggang, Sik, yang sudah diselesaikan kerajaan negeri sebelum ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Datuk Dr Ismail Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kundor, didakwa sengaja mereka cerita kerana ingin memanjangkan isu yang sudah diselesaikan.
"Kalau dia ada maklumat boleh lapor kepada pihak polis, JPNK atau Pejabat Tanah dan Daerah.
"Setakat ini, tak ada kegiatan berkaitan REE yang dibenarkan beroperasi secara sah di Kedah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, Dr Ismail mendakwa kegiatan mengeluarkan REE tanpa prosedur operasi standard (SOP) di kawasan hutan Bukit Enggang, Sik, masih berlaku di tapak milik Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) sehingga kini.
Beliau dilapor berkata, penduduk yang tinggal sekitar kaki Bukit Enggang memaklumkan mereka melihat sendiri kehadiran kenderaan pacuan empat roda (4WD) keluar masuk ke kawasan terbabit terutama pada waktu malam.
Katanya, penduduk turut mendakwa terdapat kumpulan pekerja seramai 12 orang tinggal di inap desa berdekatan yang sering berulang alik masuk ke kawasan hutan simpan melalui jalan kampung.
Sumber I Harian Metro
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment