NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ini fakta pembangunan Kedah semasa Sanusi jadi Menteri Besar




DALAM negara kita Bursa menjuram, nilai Ringgit jatuh, ekonomi merudum. Tetapi YAB Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor (Nusi) pula:

1. Zaman Nusi, pelaburan tertinggi 2 tahun berturut-turut, 2021, 2022, rujuk MIDA.

2. Zaman Nusi, Kedah dianugerah Pengurusan Kewangan Cemerlang oleh Jabatan Audit Negara, search google semua ada di situ.

3. Zaman Nusi Rezab kewangan negeri bertambah ketara dan hutang negeri kepada Persekutuan berkurang ketara.

4. Projek loji air dan pemasangan paip baru bagi atasi masalah air yang dihentikan Kerajaan PH terus Nusi ambil tindakan untuk teruskan hanya selepas 2 minggu jadi Menteri Besar. Untuk penjelasan lanjut layari ucapan Dato Suraya Yaacob Exco berkaitan (Exco dari BN), googlesaja pun.

5. Pembangunan zamannya begitu rancak, rajin-rajinlah rujuk warta Darul Aman. Majalah bulanan yang menyiarkan pelaksanaan pelbagai projek di Kedah atau layari Unit Penerangan Kerajaan Kedah. Google saja pun bukan susah sangat.

6. Dia telah menyelesaikan masalah permohonan tanah yang berpuluh-puluh tahun tak dapat diselesaikan zaman BN dan PH dulu. Beribu geran telah diserahkan kepada pemilik yang layak.

7. Zaman Nusi pada tahun Ogos 2022 saja banyak kilang-kilang baru dibuka di Kulim Hitech dan Padang Meha Industrial Park:

a. AT & Austria Tecnologi dan System Tecnic (Malaysia).

b. Osram Opto Semiconductor (M) Sdn Bhd.

c. Jinjing Technology (M) Sdn Bhd.

d. Infineon Technologies (Kulim) Sdn Bhd.

e. Kawasan Perindustrian Padang Meha.

f. Terbaru Syarikat terbesar dari China menyatakan persetujuan melabur di Kedah dengan jumlah yang besar dan ianya disiarkan oleh tv negara China, google saja.

Bayangkan jika Proposal KXP diluluskan Kerajaan Persekutuan dalam Kadar Segera dan pembangunan Kedah Aerotropolis dimulakan  segera dan naik serentak bersama-sama kawasan perindustrian ini.

(kredit: video… https://www.youtube.com/watch?v=Qi-k5w9n7s4 ) dan Montaj Kedah Aerotropolis: https://www.facebook.com/DrTanakaMustafa/videos/205289999037888)

8. Pelaburan ke Kedah bagi 2 tahun berturut-turut melebihi sasaran iaitu RM10 bilion.

9. Untuk suku tahun pertama 2023, Kedah telah menerima pelaburan komited sebanyak RM5 bilion.

10. KDYMM Sultan juga telah memuji pentadbiran Menteri Besar Kedah, Nusi dalam sidang DUN baru-baru ini. 

DATO’ DR MOHD HAYATI OTHMAN – HARAKAHDAILY 26/7/2023

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0ETwAiWQKQhsrpQ92CW1cAxXVWc9svEZk7zSXWD9djXgTxP45yRCcC6GJm6RtKG56l&id=100063669012669&mibextid=Nif5oz


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo