KUBANG PASU - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya mengumumkan, namun tidak menyelesaikan hutang penerokaLembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) ketika beliau menjadi Perdana Menteri.
Anwar berkata, beliau sebagai Menteri Kewangan baharu sahaja menandatangani dokumen kelulusan terbabit pada akhir Jun baru-baru ini.
"Hari ini mantan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin buat kenyataan PM berbohong kerana perkara ini telah selesai sejak tahun 2021.
"Saya baru signed (tanda tangan) akhir Jun, Menteri Kewangan signed kelulusan ini. Jadi kamu dah selesai tahun 2021 bagaimana, selesai di mana?" katanya ketika berucap di Program Temu Anwar di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok di sini pada Sabtu.
Katanya, beliau tidak menafikan ada persetujuan tentang penyelesaian hutang terbabit ketika pemerintahan Muhyiddin tetapi tidak diselesaikan.
"Memang ada persetujuan dulu, tapi tak selesai. Belanjawan 2021 Perikatan Nasional (PN), 2022 PN tidak ada peruntukan untuk menyelesai dan meluluskan hutang Felda.
"I stand by this record hanya dalam Belanjawan Madani 2023 saya serahkan RM990 juta peruntukan awal untuk melupuskan hutang peneroka Felda yang jumlahnya RM8.3 bilion," katanya.
Muhyiddin sebelum itu mendakwa Anwar melakukan pembohongan berhubung pelupusan hutang peneroka Felda.
Beliau yang juga Pengerusi PN turut menafikan dakwaan Ahli Parlimen Tambun yang menuduhnya tidak melaksanakan pelupusan hutang tersebut semasa mentadbir kerajaan.
Katanya, hal itu disahkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan di Parlimen pada 23 Februari 2023, pelupusan hutang peneroka Felda telah dilaksanakan pada tahun 2021.
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment