NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hilman dakwa kerajaan Selangor nak roboh pusat khidmat DUN Gombak Setia



Selepas gagal mengosongkan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, kerajaan negeri Selangor didakwa muncul dengan notis baharu semalam yang memberi amaran perobohan premis jika gagal mematuhi arahan pengosongan tersebut.

Penyandang  kawasan tersebut, Muhammad Hilman Idham dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan kejadian itu.

“Tepat jam 3.58 petang semalam Pusat Khidmat DUN Gombak Setia sekali lagi didatangi penguatkuasa Pejabat Daerah dan Tanah Gombak serta Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk menyerahkan serta menampal Notis Kesalahan Pendudukan Secara Tidak Sah di atas Tanah Kerajaan Seksyen 425 & 426A (1)(C) Kanun Tanah Negara 1965.

“Berbeza dengan notis yang diserahkan sebelum ini, mereka kini sedar bahawa alasan pembubaran Dewan Negeri Selangor adalah tidak munasabah untuk memaksa saya mengosongkan premis berkenaan.

“Maka mereka ingin mengambil tindakan meroboh serta memusnahkan premis Pusat Khidmat DUN Gombak Setia yang telah dibangunkan sejak tahun 2008 oleh mantan ADUN Gombak Setia sebelum ini.

“Fakta ini sekaligus menafikan bahawa premis Pusat Khidmat DUN Gombak Setia pernah berfungsi sebagai dewan orang ramai seperti yang di war-warkan oleh pegawai akhbar Pejabat Datuk Menteri Besar Selangor,” katanya.

Beliau menyifatkan tindakan terdesak itu bermotifkan salah guna kuasa dan ugutan namun pihaknya tidak akan tunduk dengan tekanan tersebut.

“Saya sekali lagi menegaskan bahawa tindakan desperado ini adalah bermotifkan salah guna kuasa, ugutan dan vendetta politik oleh kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor yang jelas takut akan kebangkitan rakyat menjelang Pilihan Raya Negeri Selangor.

“Saya tidak akan tunduk dengan tekanan dan ugutan ini. Di kala rakyat sedang berada dalam kesempitan akibat daripada pengurusan ekonomi yang bobrok dan tekanan kos sara hidup yang tinggi, saya akan terus menyalurkan khidmat kepada rakyat sehingga rakyat membuat pilihan dalam Pilihan Raya Negeri Selangor pada 12 Ogos 2023,” katanya.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo