NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hasil sesi dengan Elon, PMX belanja hampir RM400 ribu setahun langgan 40 unit Starlink

Satu zoom call je, PMX beli 40 unit Starlink internet untuk kegunaan IPT dari syarikat Elon Musk

PMX kata ada pelajar yang mengadu bahawa khidmat internet mereka kat kampus agak slow.

Sebab itu, PMX minta Fahmi untuk beli 40 unit Starlink untuk mengatasi aduan pelajar ini sebaik sahaja dia tamatkan panggilan Zoom dengan Elon.
Namun, Starlink ini biasa digunakan di kawasan luar bandar. Pencapaian downloadnya paling maximum ialah 500 Mbps dengan purata 100 Mbps.

Upload pula cuma 10-20 Mbps manakala kos langganan ialah US$120 (RM540) sebulan.

Kos setiap untu peranti Starlink pula adalah US$540 (RM2,400).

Sebab ianya bergantung kepada komunikasi dengan satelit maka khidmatnya akan terganggu bila hujan lebat seperti Astro dulu-dulu.

IPT biasanya terletak di kawasan bukan luar bandar di mana khidmat jalur lebar fibre optik atau 5G sudah lama disediakan dengan kos lebih rendah.
Jadi pada pendapat saya, pilihan paling baik untuk menaikkan kapasiti di IPTA ialah dengan menambah bilangan akaun jalur lebar fibre optik atau memperkasakannya dengan khidmat 5G yang jauh lebih laju, lebih murah dan lebih reliable - bukan dengan Starlink.

Sumber : FB

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo