NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hasil PRN bukti referendum rakyat terhadap pentadbiran Anwar - KJ



SHAH ALAM - Pilihan raya negeri (PRN) enam negeri yang bakal berlangsung pada 12 Ogos depan merupakan referendum rakyat terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang telah memerintah selama lapan bulan.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Selangor bakal berhadapan ujian sebenar dalam melihat keberhasilan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi.

“Berdasarkan rekod prestasi, pentadbiran negeri penyandang dan nombor pengundian awal, Selangor merupakan negeri di bawah PH yang akan kalah. Bagaimanapun, arus politik di Malaysia pula menunjukkan Perikatan Nasional (PN) mungkin mempunyai momentum,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beritahu bekas Ahli Parlimen Rembau itu, walaupun PH merupakan sebuah parti yang diharapkan untuk kekal berkuasa di Selangor tetapi PN berupaya untuk menguasai negeri berkenaan. Bagaimanapun ia bergantung kepada peratusan jumlah rakyat yang keluar mengundi dan kebolehpindahan undi.

Katanya, hanya peralihan sederhana dalam sokongan orang Melayu boleh menyingkirkan PH daripada terus berkuasa di Selangor.

Khairy menjelaskan, semua bergantung kepada kempen mengalihkan pengundi yang belum membuat keputusan akan menjejaskan konfigurasi politik Malaysia.


Sumber I Sinar Harian 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo