“Ringgit jatuh bukan kerana saya.” – PM
“Ringgit jatuh jangan hanya salahkan kerajaan.” – Menteri Ekonomi.
“Nujum pak belalang ke nak ramal harga barang naik” – Menteri Komunikasi
Bagaimana menteri boleh menjawab dengan nada tidak serius seperti ini?
Menteri Ekonomi sibuk berkempen, kalau hari ini teruk dulu zaman PN lagi teruk.
Beliau cakap pembangkang tak reti baca data. Inflasi menurun katanya. Macam mana harga barang boleh naik?
Pengarah urusan Mydin kata harga barang akan naik 20 peratus sekitar Ogos. Beliau layak untuk bercakap kerana beliau bergelumang dengan situasi sebenar.
Mydin sangat dekat dengan rakyat. Mereka menjual barang keperluan yang dibeli rakyat setiap hari.
Mereka juga beli membeli daripada pembekal setiap hari. Kesan perubahan harga itu dirasai setiap hari.
Ini masanya menteri cukup-cukuplah bermain kata yang tidak menggambarkan situasi sebenar.
Rakyat dari yang miskin tegar sehingga golongan T20 juga merungut. Jika subsidi elektrik dihapuskan pun sudah resahkan rakyat, bayangkan apa sebenarnya situasi yang sedang berlaku.
Situasi hari ini bertimpa-timpa.
Sejak ringgit terus menjatuh, Bank Negara Malaysia umum untuk masuk campur pada 27 Jun. Ketika itu nilai ringgit RM4.67 bagi USD1, hari ini 11 Julai ringgit masih sekitar RM4.66 bagi USD1. Masih tiada perubahan ketara!
Pasaram saham juga semakin lemah. Sehingga semalam, pelabur asing jual saham tempatan 12 minggu berturut-turut.
Berturut-turut! Ini bermakna sentimen pelabur luar terhadap pasaran modal negara tidak pernah membaik.
Hari ini hari kerajaan yang ada perlu bekerja keras untuk rakyat.
Rakyat tidak mahu dihidangkan dengan teori atau formula semata-mata. Rakyat sudah tidak mahu mendengar faktanya apa masalahnya apa. Resit dan bil di tangan mereka.
Mereka tahu dan mereka rasa. Untuk rakyat, mereka nak tahu solusi kerajaan apa?
Jika menteri hanya tahu menjawab, menafikan, menyalahkan dan membandingkan baiklah usah jadi kerajaan.
Rakyat menanti, pelabur memerhati, negara luar menilai.
WAN MUHAMMAD ARIF WAN BAZLI FARIZ
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia
11 Julai 2023
No comments
Post a Comment