NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hanya 39% yakin kerajaan boleh diharap tangani krisis iklim



Hanya 39% responden yakin kerajaan boleh diharapkan dalam menangani krisis iklim di Malaysia menurut tinjauan MyHutan, lapor Malaysiakini.

Tinjauan itu juga mendapati hanya 37% responden merasakan kerajaan memandang risiko perubahan iklim secara serius.

“Kurangnya rasa percaya ini boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor. ia mungkin timbul daripada tanggapan ada kekurangan dalam dasar, tindakan dan pelaksanaan langkah oleh kerajaan dalam menangani perubahan iklim.

“Mungkin golongan belia rasa kerajaan tidak memperuntukkan sumber yang mencukupi atau melaksanakan strategi yang berkesan untuk menampan kesan perubahan iklim.

“Ada juga kemungkinan persepsi kerajaan tidak melibatkan golongan belia secara berkesan atau mengambil perspektif dan idea mereka dalam proses membuat keputusan,” kata tinjauan itu.

MyHutan adalah inisiatif di bawah Undi18 dan melancarkan laporan tinjauan mereka hari ini.

Tinjauan itu melibatkan 1,103 responden merangkumi empat ciri demografi – kaum, jantina, usia dan negeri.

Tinjauan itu turut menunjukkan sebanyak 83 peratus golongan belia yang menjadi responden merasa bimbang dengan masa depan ekoran risiko perubahan iklim dan menganggap ia sebagai isu penting.

Sebanyak 70 peratus responden juga berpandangan melindungi alam sekitar adalah lebih penting daripada pertumbuhan ekonomi.

Namun, 60 peratus responden berkata mereka tidak mahu cukai yang tinggi dalam usaha menangani risiko perubahan iklim.

MyHutan berkata ia menunjukkan perlunya libat urus dan komunikasi yang berkesan berkenaan kos, manfaat dan alternatif untuk membiayai tindakan berkenaan iklim.

Mereka turut menggesa parti politik yang bertanding dalam PRN kali ini untuk mengutamakan dasar alam sekitar dalam manifesto.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo