NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hanapiah Nasir meninggal dunia



SUKAN olahraga kehilangan seorang legenda, Hanapiah Nasir yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 6 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dipercayai akibat penyakit leukemia yang dihidapi sejak 2015.

Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datul Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata, bekas jaguh acara dekatlon itu dimasukkan ke hospital sejak jam 4 petang pada Sabtu apabila tekanan darah dan tahap oksigennya merosot.

Beliau dilahirkan di Kampung Ayer Barok, Jasin, Melaka pada 12 Oktober 1957.

Allahyarham, 66, banyak menyumbang keringat kepada sukan olahraga negara menerusi empat emas, masing-masing dalam acara lompat jauh (1985), 110 meter (m) lari berpagar (1985) dan dekatlon (1983 dan 1981) di temasya Sukan SEA.

Pada 1985, Allahyarham memecahkan rekod Sukan SEA dalam acara lompat jauh dengan lompatan sejauh 7.59m serta 110m lari berpagar.

Allahyarham turut meraih perak dalam acara 4x100m bersama Rabuan Pit, Sivaling Govindasamy dan Nordin Jadi.

Selepas bersara, Allahyarham terus bergiat dalam arena olahraga dan pernah menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih negara dari 2005 hingga ke 2009.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Kampung Baru malam ini dan dikebumikan pada Isnin.


Sumber I Sinar Harian 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo