NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Halang bincang 3R menidakkan kebebasan bersuara – Tun M



KUALA LUMPUR – Menghalang perbincangan berkenaan 3R (Race, Religion and Royalty) menidakkan kebebasan bersuara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa jika perbincangan berkenaan orang Melayu ditafsir sebagai menyentuh race atau bangsa atau kaum, perbincangan berkenaan multiracial juga menyentuh race.

“Kenapakah berbilang bangsa atau kaum (race) boleh disentuh tetapi satu bangsa (Melayu) tidak boleh disentuh. Kemudian agama. Kita tidak boleh bincang masalah agama. Tetapi kita boleh bercakap berkenaan secularisme.

“Secularisme bermakna tidak boleh ada agama rasmi. Ini bermakna kita bercakap berkenaan agama rasmi. Kenapa menolak agama rasmi boleh disentuh tetapi mengekal agama rasmi tidak boleh disentuh?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr Mahathir, dalam soal institusi raja, raja seperti rakyat, tertakluk kepada undang-undang.

“Sebuah mahkamah diadakan untuk raja. Bermakna jika raja melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang tindakan boleh diambil. Perundangan ini diadakan kerana kes tertentu.

“Jikalau kes-kes yang sama berlaku atau kes yang lebih buruk berlaku dan dakwaan tidak boleh dibuat maka raja akan jadi raja yang berkuasa mutlak.

“Sebaliknya Perlembagaan menjadikan raja kita sebagai raja berperlembagaan. Apakah kita sudah gugur sistem raja berperlembagaan kepada raja berkuasa mutlak,” katanya lagi.

Dr Mahathir berpendapat, ia satu yang amat serius dan jika hendak dijadikan sebagai jenayah, ia perlu perbahasan dan kelulusan oleh Dewan Rakyat, Dewan Negara dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong atau diluluskan selepas dua bulan.

“Jika ini tidak dilakukan, kerajaan mungkin didakwa kerana melaku sesuatu yang tidak mengikut undang-undang negara,” tegasnya. – MalaysiaGazette


Sumber I Agenda Daily is 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo