NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

GPS bincang dulu, Abang Jo ulas pelawaan Zahid bantu kempen BN

Pengerusi GPS Abang Johari Openg berkata hasrat Zahid Hamidi berhubung pelawaan membantu kempen akan dibincang pemimpin gabungan terlebih dulu.



PETALING JAYA: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan membincangkan pelawaan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi yang berharap gabungan itu turun padang membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada PRN.

Pengerusinya, Abang Johari Openg, berkata permintaan pengerusi BN itu perlu dibawa kepada pemimpin gabungan terlebih dulu sebelum keputusan dibuat.

Premier Sarawak itu berkata demikian selepas menghadiri majlis perasmian tadika komuniti Sedidik Penan di kawasan Apoh/Tutoh, Miri, menurut Bernama.

Pada 2 Julai, Zahid berharap “bekas parti komponen” Barisan Nasional di Sarawak turun padang membantu calonnya berdepan PRN.

Beliau berkata, agenda kestabilan politik di Sarawak diterajui GPS mahu dijadikan contoh serta diguna pakai oleh jentera gabungan berkenaan semasa berkempen kelak.

Menurutnya, beliau sudah berbincang dengan Setiausaha Agung GPS Alexander Nanta Linggi untuk membawa tokoh daripada GPS bagi membantu kempen di enam negeri.

GPS dibentuk beberapa bulan selepas PRU14 susulan kejatuhan BN buat pertama kali sebagai kerajaan pusat, pada 2018. Empat parti komponen BN di Sarawak mengisytiharkan keluar gabungan itu bagi membentuk gabungan baharu berteraskan parti tempatan.

Selain Parti Rakyat Sarawak (PRS), GPS dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), dan Parti Demokratik Progresif. Tindakan empat parti berkenaan menguburkan BN Sarawak yang terbentuk sejak 45 tahun.

Sementara itu, Abang Johari berkata, seramai 226 graduan pelbagai bidang daripada masyarakat etnik Penan berjaya dilahirkan dari 1998 hingga 2022.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai tiga orang berjaya memperoleh ijazah sarjana, 142 orang menerima ijazah sarjana muda, dan 81 orang menerima diploma.

Katanya, buat masa ini juga terdapat dua pelajar daripada etnik Penan sedang menyelesaikan ijazah doktor falsafah (PhD).


Sumber I FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo