Gelombang panas yang melanda Atlantik Utara tahun ini mungkin membawa bencana kepada stok bekalan ikan dan sumber mata pencarian. - Gambar hiasan |
LONDON - Gelombang panas yang melanda Atlantik Utara tahun ini mungkin membawa bencana kepada stok bekalan ikan dan sumber mata pencarian, saintis dan Persatuan Pemuliharaan Marin (MCS) memberi amaran, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Suhu permukaan lautan telah melonjak melebihi rekod sebelumnya sejak awal Mac hingga lima darjah Celsius melebihi purata jangka panjang, dan diklasifikasikan sebagai "melebihi ekstrem" oleh Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan AS - kategori tertinggi.
Perubahan iklim disebabkan oleh manusia telah memanaskan lautan secara berterusan hingga mengakibatkan penyerapan sehingga 90 peratus haba berlebihan yang dilepaskan gas rumah hijau.
Sementara itu, kejadian semula jadi seperti perubahan tiupan angin telah mendorong suhu lautan Atlantik Utara mencatatkan paras tertinggi, kata saintis.
El Nino, peristiwa pemanasan semula jadi juga telah memberi kesan, menaikkan purata suhu lautan dan udara di seluruh dunia, tetapi kesannya tidak mempunyai kaitan dengan gelombang haba di Atlantik Utara, menurut saintis.
Pakar berkata, perubahan iklim mengubah garis dasar suhu, menjadikan gelombang haba lebih kerap dan lebih ekstrem dan ia boleh memusnahkan beberapa kehidupan marin.
Dr Christopher Free, dari Institut Marin di Universiti California, Santa Barbara berkata: "Dalam dekad yang lalu, gelombang haba marin telah mengganggu sektor perikanan di seluruh dunia.
"Jika keadaan di Atlantik Utara kekal panas, malapetaka yang serupa mungkin akan berlaku."
Ikan yang habitatnya di antara pantai timur Amerika Utara dan UK dan Eropah barat, bergantung pada perairan yang lebih sejuk untuk bertelur, seperti contoh satu spesies - Norwegian spring spawning herring menurun sebanyak 40 peratus sejak 2009, dianggap disebabkan oleh pemanasan lautan.
MCS bimbang bahawa suhu lautan yang semakin panas dan pengurusan antarabangsa yang lemah akan membawa kepada masalah bekalan ikan dan akan menyebabkan beribu-ribu orang kehilangan pekerjaan.
Dr Olav Sigurd Kjesbu, dari Institut Penyelidikan Marin di Norway, berkata: "Kami tahu stok ikan pelagik ini sensitif terhadap perubahan suhu.
"Kami telah melihat bahawa iklim mempengaruhi pertumbuhan mereka, keupayaan mereka untuk bertelur dan kadar kematian.
"Pemanasan laut yang pantas boleh mempercepatkan perubahan ini. Ia juga boleh memberi impak yang ketara ke atas keupayaan beberapa spesis ikan untuk membiak berdasarkan analisis terkini. - Bernama
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment