Walaubagaimanapun Satees tidak memberi kata putus soal haluannya dalam politik selepas digugurkan DAP. |
Seorang ADUN DAP Pulau Pinang hari ini mendedahkan momokan gelombang hijau yang merujuk kepada Perikatan Nasional dibawa DAP untuk menjadikan seorang pemimpin di negeri itu berkuasa.
ADUN Bagan Dalam, Satees Muniandy yang melabel pemimpin tersebut sebagai ‘maharaja’ membangkitkan persoalan sehingga bila momokan itu akan digunakan untuk kekal berkuasa.
“Gelombang hijau ini digunakan untuk menakutkan rakyat seolah-olah status quo akan berubah dan sebagainya. Berapa lama ini boleh dipakai? Anda guna ini untuk maharaja itu menjadi berkuasa. Ini tidak betul.
“Anda tidak mahu gelombang hijau tapi anda mahu ‘Xi Jinping’ (Presiden China)? Saya sebut Jinping ini dalam konteks maharaja, seorang pemimpin yang paling berkuasa. Ini metafora. Presiden Xi boleh buat apa yang dia mahu…jadi saya sebut maharaja.
“Jadi kamu nak guna gelombang hijau untuk bawa maharaja (ke tampuk kuasa)? Biarlah rakyat jadi hakim,” katanya pada sidang media hari ini.
Beliau mengadakan sidang media hari ini selepas digugurkandaripada pencalonan pilihan raya negeri bulan depan walaupun baru satu penggal menjadi wakil rakyat.
ADUN berusia 38 tahun itu walaubagaimanapun tidak memberi kata putus soal haluannya dalam politik selepas digugurkan DAP.
Ketika ditanya sama ada beliau akan menjalin kerjasama dengan parti lawan pada PRN kali ini, Satees berkata dia akan bekerjasama dengan pihak yang mengangkat kepentingan Pulau Pinang.
“Adakah saya akan bekerjasama dengan PN untuk kalahkan DAP? Secara peribadi, saya tidak akan bekerja dengan sesiapa yang menentang kepentingan Pulau Pinang termasuk maharaja. Saya cuma kata maharaja, saya tidak sebut yang lain.
“Saya selalu (bekerja) untuk kepentingan rakyat Pulau Pinang. Hati saya untuk Pulau Pinang. Saya boleh saja terima tawaran dan pergi tapi lepas bincang dengan keluarga dan kawan-kawan, ini bukan kenapa saya sertai politik pada 2008.
“Ini (terima tawaran dan pergi) bukan saya. Ini peluang untuk saya bersuara bagi rakyat Pulau Pinang, saya akan bersuara,” katanya.
Malah beliau menegaskan tidak akan menerima sebarang tawaran jawatan selepas digugurkan seperti ADUN-ADUN lain.
Semalam, DAP mengumumkan 19 calon bagi PRN Pulau Pinang, dengan 10 penyandang dikekalkan, tujuh ADUN digugurkan di mana lima daripadanya adalah exco negeri.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment