NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gaji penjawat awam: Utamakan pekerja bergred rendah - Lam Thye



SHAH ALAM - Kerajaan digesa untuk mengkaji semula skim gaji kakitangan awam bergred rendah terlebih dahulu kerana ia lebih penting dan mudah untuk ditampung dengan kadar ekonomi masa kini.

Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, jumlah pendapatan yang diperoleh oleh pegawai gred rendah memaksa mereka untuk membuat pekerjaan yang lain.

“Pada hemat saya, kenaikan gaji ini wajar dilakukan tetapi bukanlah secara menyeluruh. Fokus kenaikan gaji harus diberi keutamaan kepada mereka yang bergred rendah dan bergaji kecil.

“Apabila gaji rendah, golongan itu terpaksa membuat dua atau tiga kerja yang lain, di samping kerja hakiki dan perkara itu mengakibatkan mereka kurang memberi komitmen terhadap pekerjaan tetap,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pada 7 Julai, Sinar Harian melaporkan, kerajaan akan mengkaji semula skim gaji perkhidmatan awam di seluruh negara, dengan perbincangan mengenainya dibawa ke dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Lam Thye menjelaskan, tidak dapat dinafikan bahawa skim gaji penjawat awam sememangnya patut dibangkitkan setiap tempoh lima tahun.

Ujarnya, kenaikan kos sara hidup pada masa kini telah memaksa pertambahan gaji dalam kalangan masyarakat bagi memastikan kos sara hidup dapat dipadankan dengan tingkat gaji yang berkelayakan.

Bagaimanapun, Lam Thye berkata, pengkajian semula kenaikan itu memerlukan tuntutan komitmen lebih tinggi dalam kalangan kakitangan kerajaan.

“Kebiasaannya kenaikan gaji akan hadir bersama pertambahan tugas dan tanggungjawab dan adakah ia menjanjikan komitmen yang lebih tinggi daripada kakitangan awam?

“Kakitangan awam perlu menjanjikan produktiviti dan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat. Ini merupakan harapan seluruh warga di negara ini apabila kakitangan awam diberikan kenaikan gaji sewajarnya,” ujarnya.

Tambahnya lagi, kenaikan itu juga diharapkan dapat mengelakkan masalah integriti dalam kalangan pekerja yang terdedah dengan gejala berkenaan.

Beritahu Lam Thye, sekiranya pertambahan pendapatan tidak mampu mengekang kebobrokan integriti dalam kalangan kakitangan awam maka sia-sia sahaja kenaikan tersebut.


Sumber I Sinar Harian 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo