NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gagal Pulihkan Ekonomi, Anwar Ibrahim WAJIB Letak Jawatan Menteri Kewangan

Gagal Pulihkan Ekonomi, Anwar Ibrahim WAJIB Letak Jawatan Menteri Kewangan

1. Anwar Ibrahim, bekas Menteri Kewangan yang kononnya terbaik Asia suatu ketika dahulu, sebelum Pilihanraya Umum ke-15 sering mengkritik kerajaan sebelum ini gagal mentadbir dengan baik. 

2. Kini giliran Anwar berada di puncak kuasa disamping memegang dua jawatan terpenting dalam negara iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Anwar juga menjanjikan pemulihan ekonomi negara ketika berkempen. Tetapi kini segalanya menjadi makin teruk dan tidak terkawal.
3. Pertama, aliran keluar dana asing selama 20 minggu daripada 26 minggu dengan jumlah aliran keluar bersih (net foreign outflow) sebanyak RM4.19 billion. MIDF research menerusi laporan aliran dana mingguan pada 3 Julai 2023 telah melaporkan jualan dana asing bagi ekuiti tempatan di Bursa Malaysia pada minggu kesebelas berturut-turut meningkat kepada RM359.9 juta berbanding RM240 juta pada minggu sebelumnya. 

4. Ketidak yakinan pelabur asing terhadap pasaran tempatan juga memberikan kesan kepada nilai ringgit. Menurut pakar ekonomi Dr. Nungsari, pelabur masuk, nilai ringgit meningkat. Pelabur keluar, nilai ringgit menurun.
5. Kedua, nilai ringgit semakin menjunam teruk.Ia dilaporkan matawang paling lemah di Asia tahun ini. Pagi ini, nilai ringgit adalah RM 4.67 berbanding Dollar Amerika. Nilai ringgit juga turut menyusut berbanding Pound Sterling, Euro, New Zealand Dollar, Korean Won, Philippines Peso, Taiwan Dollar dan Thai Bhat.Perbandingan yang dibuat ini merupakan perbandingan 3 bulan bagi mengambarkan kadar penyusutan semasa. 

6. Penyusutan nilai ringgit ini bakal memberi kesan kepada harga barangan dalam negara kerana nilai import makanan negara berada pada tahap RM75.7 billion. Untuk negara membawa masuk import makanan ini, perlukan kos yang lebih tinggi disebabkan nilai ringgit yang lemah. Maka siapa yang akan menanggung kos yang meningkat ini? Sudah tentu rakyat marhaen yang terpaksa menampung kos ini.

7. Ketiga, kadar inflasi. Walaupun data menunjukkan penurunan kadar inflasi daripada 3.3% kepada 2.8% ini tidak bermakna harga barangan sudah turun. Ini menunjukkan harga barangan masih naik, cuma tidak setinggi sebelum ini. 

8. Semakan melalui laman web FAMA harga barangan dibeberapa lokasi seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bharu dan Seremban mendapati harga barangan terus meningkat jika dibandingkan pada 27/6/23 dan 1/7/23. Barangan seperti bawang merah meningkat dari RM3.20 sekilogram kepada RM4.00 sekilogram. Harga bawang putih juga terus meningkat daripada RM7 sekilogram kepada RM7.50 sekilogram. Kacang buncis meningkat daripada RM9.50 kepada RM15.50 sekilogram. 

9. Segala formula dan janji ketika pilihanraya telah pun ditinggalkan oleh Perdana Menteri kerana ianya adalah gula-gula pilihanraya tanpa ada sebarang peluang kebolehlaksanaan. 

10. Arahan PM kepada Majlis Tindakan Sara Hidup Negara pada 27 November 2022 untuk kaji dan berikan cadangan mengurangkan kos sara hidup dalam masa 2 minggu juga tinggal kenangan. 
11. Kini Perdana Menteri datang dengan istilah baru iaitu Naratif Ekonomi Madani yang akan dilancarkan Ogos 2023.

12. Rakyat terus diberikan janji palsu dan dilemaskan dengan istilah demi istilah yang langsung tiada “substance” dari mulut Perdana Menteri. Hakikatnya adalah ketidak mampuan Perdana Menteri mengalas jawatan Menteri Kewangan.

13. Oleh itu, saya mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan Menteri Kewangan serta merta dan berikan kepada individu lain seperti YB Dato Seri Johari Ghani Ahli Parlimen Titiwangsa yang merupakan bekas Menteri Kewangan 2 atau lebih baik, berikan kembali kepada Perikatan Nasional untuk menunjukkan bagaimana mentadbir negara dengan lebih baik.

Nurul Islam Mohamed Yusoff

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo