SHAH ALAM – Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil mengunci mulut dan enggan mengulas mengenai pergolakan dalaman Pakatan Harapan (PH) berhubung kerusi Dewan Negeri Dusun Tua pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, 12 Ogos ini.
Sebaliknya Menteri Komunikasi dan Digital itu hanya memaklumkan beliau tidak mengetahui mengenai perkara tersebut.
“Saya tak ada maklumat itu,” katanya kepada pemberita di Dewan Annex, Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, hari ini.
Terdahulu beliau hadir ke Majlis Penyerahan Watikah Penubuhan Rasmi Komuniti Madani Selangor Zon Tengah (Petaling, Gombak dan Klang).
Semalam, media melaporkan Setiaushaa Agung DAP, Anthony Loke melahirkan rasa terkilan dengan keputusan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyerahkan kerusi Dewan Negeri Dusun Tua yang disandang parti itu kepada calon Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun Loke berkata, pihaknya perlu akur dengan keputusan tersebut kerana telah dimuktamadkan.
Tambah Menteri Pengangkutan itu, beliau akan membincangkan perkara tersebut dalam Majlis Presiden PH, Isnin depan.
Jumaat lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu hanya bertanding di 12 kerusi Dewan Negeri Selangor.
Untuk calon DUN Dusun Tua, BN mempertaruhkan Datuk Johan Abd Aziz manakala DUN Gombak Setia pula, Datuk Megat Zulkarnain Omardin. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment