NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Exco PKR Negeri Sembilan bengang digugur jadi calon PRN

Rafie berkata beliau sedang berusaha untuk meminta Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula pencalonan parti itu untuk kerusi DUN Ampangan.


Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR dan Exco Kerajaan Negeri Sembilan membidas kepimpinan parti itu kerana menggugurkannya sebagai calon bagi pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.

ADUN Ampangan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek mendakwa ada individu tertentu yang merasa tergugat dengan prestasi kerjanya di negeri itu.

“Selaku penyandang ADUN Ampangan saya tersentak apabila saya tidak dicalonkan semula untuk PRN ke-15.

“Setelah saya membuat muhasabah iaitu penilaian apa yang berlaku, penolakan saya untuk dicalonkan semula adalah kerana ada individu tertentu yang merasakan dirinya tergugat jika saya masih berada didalam Kerajaan Negeri Sembilan.

“Pencapaian cemerlang serta nilai keperibadian dengan integriti yang baik yang ada pada saya menjadi ancaman kepada  individu tersebut.

Maka individu ini dan rakan-rakannya diperingkat pusat telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan saya dikeluarkan daripada kepimpinan Kerajaan Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

PKR mengumumkan Tengku Zamrah Tengku Sulaiman sebagai calon di kerusi DUN itu pada PRN 12 Ogos ini.

Muhammad Rafie yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban memenangi kerusi Ampangan pada 2018 berkata beliau sedang berusaha untuk meminta Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula pencalonan parti itu untuk kerusi DUN Ampangan.

“Anwar perlu membuat perubahan ini kerana kaji selidik di kawasan Ampangan menunjukkan secara majoriti mahukan saya meneruskan perkhidmatan di Ampangan,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad Rafie berkata prestasinya sebagai Exco di Negeri Sembilan dalam portfolio pelaburan, perindustrian, keusahawanan, pendidikan dan modal insan juga amat cemerlang.

“Saya juga dikenali dengan nilai integriti yang tinggi iaitu tidak ada satu pun terbabit dengan salahguna kuasa, rasuah, nepotisme, kronisme atau apa-apa yang mencemarkan keperibadian saya.

“Hakikatnya umum mengetahui bahawa saya telah berusaha secara bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat di Ampangan dan memajukan Negeri Sembilan,” katanya.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo