NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

EKONOMIStruktur ekonomi negara perlu dirombak – PM



  • Bagi mencapai sasaran Ekonomi Madani, struktur ekonomi negara perlu dirombak.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, dalam jangka masa pendek, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 yang bakal dibentangkan di Parlimen akan beri ruang untuk kerajaan membuat penilaian semula.
  • Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Bagi mencapai sasaran Ekonomi Madani, struktur ekonomi negara perlu dirombak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, dalam jangka masa pendek, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 yang bakal dibentangkan di Parlimen akan beri ruang untuk kerajaan membuat penilaian semula.

“Antara isu yang membelenggu sistem ekonomi termasuk masalah sektor perindustrian yang menguncup sebelum masanya.

“Umpamanya, sektor pembuatan telah merosot di bawah paras 25 peratus kepada KDNK.

“Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP) yang bakal diumumkan pada bulan hadapan akan memacu semula perindustrian dan memangkin ekonomi baharu.

“Perkara yang akan dibentang di parlimen akan datang termasuk menyusun sebuah pertumbuhan jangka sederhana dengan dasar fiskal yang lebih mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, di sini, hari ini.

Selain itu katanya, negara juga perlu menjadi agenda serantau (ASEAN) dengan meneladani negara-negara yang dahulunya jatuh, tetapi tangkas dan bangkit.

“Jika kita hanya berpuas hati dengan keadaan sekarang, ekonomi akan terus catat pertumbuhan antara 4 hingga 5 peratus. Namun, jika kita berusaha laksana pembaharuan, kita mampu capai 5.5 peratus, malah saya percaya adalah tidak mustahil untuk kita hasilkan pertumbuhan 6 peratus.

“Mahu tidak mahu, kita mesti menjadi jaguh ekonomi serantau. Kita perlu punyai minda global dan mengutama pengantarabangsaan ekonomi,” katanya.

Sumber: Kosmo



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo