SEREMBAN - Parti Amanah Negara (Amanah) akur dan bersedia menerima sebarang keputusan akhir daripada kepimpinan tertinggi dua parti gabungan Kerajaan Perpaduan berhubung kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng.
Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, setakat ini parti itu masih lagi mempertahankan kerusi Lenggeng.
"Selalunya memanglah keputusan boleh diumum (calon) tapi keputusan dua pengerusi iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH) dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN) itu adalah 'final'.
"Kita akan ikut keputusan itu, memang sewajarnya kerusi DUN Lenggeng kekal ditandingi Amanah yang menang (pada Pilihan Raya Umum Ke-14)," katanya kepada pemberita selepas selesai Program Santai Peladang Bersama Pemimpin Peladang dari Zon Tengah di sini pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika di tanya mengenai status kerusi DUN Lenggeng sama ada ditandingi parti itu atau Barisan Nasional (BN).
Media sebelum ini melaporkan, Amanah Negeri Sembilan tetap dengan pendirian mahukan kerusi DUN Lenggeng kekal ditandingi calon dari parti itu.
Keputusan itu selari dengan Mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah pada 13 Julai lalu yang mengumumkan kerusi DUN Lenggeng yang telah dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 kekal ditandingi parti itu selain dua DUN lain iaitu Paroi dan Klawang.
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment