NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dia bagi kita ambil, tapi undi jangan beri : Tun Faisal



Pengumuman terbaharu kerajaan berkait pemberian wang kepada rakyat termasuk pesara pagi tadi, mendapat reaksi bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Melalui satu kenyataan di Facebook sebentar tadi, beliau menyifatkan kerajaan hari ini sudah ‘goyang’ dengan gelombang Perikatan Nasional (PN) di Kelantan, Kedah dan Selangor.

“Sudah goyang…baru nampak wave (gelombang) di Kelantan, Kedah, (dan) Selangor dia sudah goyang.

“Bayangkan apa rakyat boleh dapat lagi jika pengundi-pengundi di enam negeri tak undi PH-BN?

“Bayangkan berapa banyak janji yang dia akan tunaikan kalau pengundi enam negeri tak undi PH-BN?,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Pagi tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian RM100 kepada lebih 10 juta rakyat yang akan dikreditkan dalam e-dompet.

Dalam pengumuman sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memaklumkan pemberian bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak sementara itu, pesara kerajaan pula akan menerima bantuan khas penghargaan sebanyak RM200.

Dalam pada itu, Tun Faisal mengingatkan pengundi terlibat agar mengambil wang pemberian kerajaan itu.

“Apa-apa dia bagi, kita ambil, kita guna, kita pakai. Masa undi, jangan undi PH-BN…kalau tak, nanti dia kata kita makan rasuah. Undi tetap undi PN.

“Apa PM10 ingat nilai diri kita RM100, RM200, RM300 je ke?

“Meh (ayuh) senaraikan apa kita nak, mana tahu sebelum PRN ini kita boleh dapat macam-macam lagi,” katanya.

Enam negeri dijadualkan memilih pada 12 Ogos ini dengan penamaan calon bakal berlangsung Sabtu ini.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo