Krisis dalaman DAP selepas pengumuman calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (Pulau Pinang) baru-baru ini masih belum reda, terbaharu akar umbi parti itu mempersoalkan mengapa Lim Guan Eng masih diberikan tempat untuk bertanding lagi.
Ahli Jawatankuasa Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang, M Kogilan menggesa penjelasan diberikan berhubung keputusan mengekalkan Guan Eng bertanding tetapi pada masa sama terdapat banyak calon digugurkan selepas pengumuman calon baru-baru ini.
“Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung DAP Anthony Loke bahawa membawa pembaharuan dalam setiap pilihan raya termasuk menggugurkan beberapa ‘orang lama’ adalah proses biasa.
“Justeru saya ingin bertanya kenapa parti tidak menggugurkan nama Lim Guan Eng?
“Beliau juga orang lama yang bertanding dalam pilihan raya sejak 1986,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.
Tambah Kogilan dia juga tertanya-tanya jika Guan Eng memang tidak berniat untuk membuka ruang kepada muka baru bagi menggantikannya.
“Atau adakah dia dilihat sebagai orang muda yang masih perlu bertanding dalam PRN kali ini,” katanya lagi.
Sebelum ini, Loke berkata keputusan DAP menggugurkan lima exco Pulau Pinang bagi menghadapi PRN kira-kira dua minggu lagi adalah usaha untuk meremajakan parti itu agar ia kekal relevan.
Katanya, keputusan diambil atas pertimbangan penglibatan muka baru akan membawa nafas baru kepada parti itu yang sudah memerintah tiga penggal di Pulau Pinang.
“Antara tokoh yang sudah lama berkhidmat termasuk P Ramasamy yang sudah menjadi Timbalan Ketua Menteri II selama tiga penggal, manakala Chong Eng menjadi exco selama dua penggal, dan sebelum itu banyak penggal sebagai Ahli Parlimen,” katanya.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment