NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP tak ikhlas bersama BN, tunggang UMNO untuk kaut undi Melayu: Lian Ker

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker membidas DAP.


Keikhlasan DAP bersama Barisan Nasional (BN) dipersoalkan MCA dan  diragui sehingga sekarang, kata Datuk Ti Lian Ker.

Naib Presiden MCA itu merasakan DAP masih tidak ikhlas dalam menjalinkan kerjasama dengan BN, sebaliknya mendakwa parti itu hanya mahu mengaut undi kaum Melayu sahaja menerusi UMNO.

“Dan dulu pemimpin MCA dicaci, merupakan satu kesilapan buat DAP. Jadi, DAP perlu minta maaf.

“Ini juga hutang sejarah DAP pada MCA. Selepas itu (minta maaf) barulah boleh jadi kawan tanpa waspada.

“Pada masa ini saya merasakan mereka masih tidak ikhlas dalam laungan perpaduan dan kerjasama dengan BN. Ia hanya mainan politik semata-mata untuk mengaut sokongan orang Melayu melalui UMNO,” katanya dipetik dalam satu wawancara disiar Utusan Malaysia.

Lian Ker mendakwa DAP mahu menjelma menjadi parti Melayu dan mendakwa pernah memperalatkan PAS sebelum ini dan kini Parti Amanah.

“Tetapi orang salah faham kata kita mahu tarik sokongan keluar BN. Masa hari ini, kalau kata PH dan BN mempunyai maruah dan mahu menjadi satu parti sahaja, carilah UMNO. Janganlah buat atas nama BN. DAP sekarang misi mereka hendak menjelma sebagai parti Melayu.

“Dulu mereka memperalatkan Pas, selepas itu Parti Amanah Negara (Amanah) selain beberapa tokoh Melayu lain. Sebenarnya, DAP takut sangat untuk menghadapi fakta atau kenyataan mereka yang lepas,” ujarnya lagi.

Lian Ker juga mengulangi gesaan supaya DAP membuat permohonan maaf terbuka kepada MCA dan mempersoalkan mengapa mereka boleh pula meminta maaf kepada pemimpin Sarawak sebelum ini untuk membentuk kerajaan campuran bersama.

“DAP pula menyuarakan suara orang Cina secara lantang. Sebab itu, mereka dapat menanam persepsi bahawa merekalah yang memperjuangkan kepentingan orang Cina dan MCA pula sebaliknya, konon kita menggadaikan kepentingan orang Cina.

“Sebab itu, saya katakan DAP perlu minta maaf bukan pada Sarawak terlebih dahulu sebaliknya pada kita. MCA tidak akan mainkan isu perkauman semata-mata mahu undi,” katanya lagi.

Berhubung kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, Lian Ker berkata hanya membantu calon dalam parti komponen BN dan tidak PH.

“Kita bukan dalam satu pakatan atau bukan dalam DAP. Sekarang ini saya mahu bertanya adakah parti yang bertanding dalam PRN bergerak atas nama parti atau kerajaan?

“Atas parti bukan? Jadi, kita akan bertindak atas parti. Macam PRN Melaka dan Johor, kita tidak menyokong PAS atau Bersatu, tetapi kita bergerak sebagai sebuah kerajaan pada masa itu.

“Cuma sekarang DAP pula ubah peraturan dan mahu untungkan mereka sahaja. Cuba anda bayangkan bagaimana kalau saya berdiri satu pentas dengan tokoh DAP yang dulu kita maki dan kutuk mereka? Sudah tentu penyokong tawar hati,” ujarnya lagi.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo