NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP Pulau Pinang sudah bergolak, Guan Eng gesa semua calon digugur bantu kempen PRN



Pergolakan mula melanda DAP Pulau Pinang selepas beberapa calon dan juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) digugurkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Selepas pengumuman calon DAP semalam, akar umbi mula menunjukkan rasa tidak puas hati dan kecewa apabila beberapa calon veteran digugurkan daripada bertanding dan hari ini seorang bekas calon juga mengkritik ‘seseorang’ itu sebagai ‘maharaja’ yang berkuasa menentukan calon disukainya.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata beliau faham perasaan bekas wakil rakyat yang tidak dicalonkan semula, tetapi berharap mereka akan menyokong keputusan parti.

“Mari kita bersama-sama memastikan kita dapat mengekalkan kerajaan negeri Pulau Pinang,” katanya dipetik laporan FMT.


Guan Eng ditemui media selepas sebuah acara di stesen Bukit Bendera.

Guan Eng turut membidas kritikan yang dilemparkan mengenai pencalonannya bagi DUN Air Putih, walaupun beliau juga Ahli Parlimen Bagan dengan berkata, kepimpinan DAP mahu mempunyai gabungan “kesinambungan dan pembaharuan”.

“Saya rasa apa yang perlu kita lakukan adalah melangkah ke hadapan dan memastikan kita boleh menjamin kemenangan untuk parti (pada PRN),” katanya lagi.

Guan Eng turut menolak dakwaan bekas ADUN Bagan Dalam, M Satees, bahawa mereka yang digugurkan sebagai calon PRN kerana lantang menyokong penyandang Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Jelasnya, semua calon yang diletakkan oleh DAP juga menyokong Kon Yeow sebagai ketua menteri.

“Saya tak rasa berbaloi untuk mengulas (dakwaan Satees),” katanya.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo