NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP minta jawatan Speaker Selangor sebagai ganti kerusi Dusun Tua



Jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diminta diberikan kepada DAP sebagai ganti dengan kerusi Dusun Tua yang akan ditandingi calon UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengesahkan sudah mencadangkan nama wakil DAP bagi jawatan Speaker Selangor yang tidak boleh dituntut UMNO selepas PRN Selangor nanti.

Nama yang dicadang DAP bagi jawatan Speaker adalah penyandang DUN Banting Lau Weng San.

“Ketika kami diminta serahkan Dusun Tua, syarat kami adalah kami cadangkan bukan ADUN sebagai speaker DUN.

“Dan kami cadangkan Lau (untuk jawatan itu),” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Loke memberi respon berhubung keputusan DAP untuk menyerahkan DUN Dusun Tua kepada UMNO pada PRN akan datang.

DAP terdahulu mengumumkan calon mereka pada PRN Selangor.

DAP mengumumkan 15 calon parti itu yang akan diketengahkan pada PRN Selangor, 12 Ogos ini.

Daripada 15 calon berkenaan, enam adalah calon muka baru manakala bakinya terdiri daripada muka lama.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo