DAP mengumumkan tawaran jawatan kepada beberapa pemimpin parti itu yang digugurkan daripada menjadi calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Langkah DAP menawarkan jawatan kepada mereka yang digugurkan membuktikan parti itu kini sama dengan UMNO yang juga memberi jawatan kepada pemimpinnya kalah dalam pilihan raya sebelum ini, antaranya lantikan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan beberapa yang lain.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke semasa sidang media pengumuman calon Selangor memberitahu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah yang digugurkan daripada bertanding dicadangkan sebagai pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang.
Sementara itu, ADUN Paya Terubong, Yeoh Soon Hin yang juga tidak dicalonkan bertanding semula pula dicadangkan bakal dilantik menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP).
Untuk rekod, kedua-dua lembaga tersebut merupakan badan berkanun dibawah Kementerian Pengangkutan dan portfolio yang disandang Loke dalam kerajaan campuran ketika ini.
Ironinya, DAP sebelum ini paling lantang dalam mengkritik kerajaan terdahulu berhubung isu lantikan politik tetapi kini selepas menjadi kerajaan bersama UMNO, mereka pula mengamalkan budaya sama dalam pentadbiran.
Selepas menjadi kerajaan bersama-sama UMNO, nampaknya DAP juga sudah berubah mengikuti langkah UMNO.
Suatu ketika dahulu, DAP dilihat paling lantang dalam bercakap soal integriti dan urus tadbir yang bersih dalam pentadbiran kerajaan, namun kini mereka sudah terlupa dengan janji-janji manis dahulu selepas menikmati puncak kuasa.
Soal prinsip dan amalan bersih yang dahulunya meniti di bibir pemimpin DAP kini hanya tinggal kenangan dan sudah dibuang dalam tong sampah, al maklum sekarang sudah bahagia bersama rakan politik baharu mereka.
Budaya menawarkan jawatan kepada ahli politik ini selalunya dikaitkan dengan UMNO, malah sepanjang lapan bulan selepas membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH) sudah banyak pemimpin parti itu yang dilantik ke jawatan syarikat berkanun milik kerajaan.
Pemimpin UMNO yang tidak dilantik menjadi menteri dilantik menjadi pengerusi dalam banyak syarikat berkanun.
Terlalu ramai jika hendak disenaraikan semua lantikan politik dibuat UMNO sepanjang berada dalam kerajaan campuran, malah parti lain dalam PH juga terdapat lantikan politik.
Berikut merupakan senarai lantikan politik ke badan berkanun di peringkat kerajaan pusat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melibatkan ahli-ahli politik UMNO, PKR, Amanah dan DAP:
1. Asyraf Wajdi Dusuki, SUA UMNO, Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan: Pengerusi MARA. Agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah Malaysia
Menteri : Zahid Hamidi (UMNO)
2. Bakhtiar Wan Chik, MP Balik Pulau (PKR): Pengerusi MyCreative Ventures Sdn Bhd. Agensi di bawah Kementerian Komunikasi Digital, subsidari penuh Minister of Finance (Incorporated)
Menteri : Fahmi Fadzil (PKR)
3. Ahmad Sabki Yusof, Bekas SUPOL Salahuddin Ayub (Amanah): Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Menteri : Salahudin Ayub (Amanah)
4. Ahmad Jazlan Yaakub, Bekas MP Machang (UMNO): Pengerusi Felcra. Agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah Malaysia
Menteri : Zahid Hamidi (UMNO)
5. Noraini Ahmad, MP Parit Sulong, Ketua Wanita Umno: Pengerusi RISDA. Agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah Malaysia
Menteri : Zahid Hamidi (UMNO)
6. Sani Abdul Hamid, Bekas MP Kuala Langat (PKR) : Pengerusi Tekun Nasional. Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Menteri : Datuk Ewon Benedict (UPKO)
7. Mohd Sany Hamzan, MP Hulu Langat (Amanah) : Timbalan Pengerusi Tekun Nasional. Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Menteri : Datuk Ewon Benedict (UPKO)
8. Tan Sri Bernard Dompok, Bekas KM Sabah, Bekas Presiden UPKO, Bekas MP Pemampang : Pengerusi SME Corp. Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Menteri : Datuk Ewon Benedict (UPKO)
9. Husam Musa, Naib Presiden Amanah, Bekas ADUN Salor : Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd. Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan
Menteri : Nga Kor Ming (DAP)
10. Charles Santiago (DAP), Bekas MP Klang : Pengerusi SPAN. Agensi di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar & Perubahan Iklim
Menteri : Nik Nazmi (PKR)
11. Hassan Malek, Bekas MP Kuala Pilah (UMNO), Bekas Menteri KPDN : Ahli Majlis MARA. Agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah Malaysia
Menteri : Zahid Hamidi (UMNO)
12. Azeez Rahim, Bekas MP Baling (UMNO) : Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah Malaysia
Menteri : Zahid Hamidi (UMNO)
13. Syed Ibrahim, MP Ledang (PKR) : Pengerusi Bukan Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Agensi di bawah Kementerian Komunikasi Digital
Menteri : Fahmi Fadzil (PKR)
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment