NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP guna isu 3R, kerajaan digesa bertindak adil



PETALING JAYA: PAS menggesa Kementerian Komunikasi dan Digital bersikap adil dalam mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak termasuk DAP yang didakwa secara terang-terangan menggunakan isu kaum, agama dan institusi diraja (3R) sebagai modal politik.

Ketua Penerangannya, Khairil Nizam Khirudin merujuk tindakan beberapa pemimpin DAP termasuk Nga Kor Ming dan Lim Guan Eng yang menggunakan isu sensitif berkenaan dalam kenyataan mereka sebelum ini.

“Kenyataan Nga Kor Ming terhadap tindakan MPKB dalam isu pemakaian seluar pendek sengaja dijadikan isu bagi menyebarkan islamofobia, Tony Pua menggelar bukan sahaja Barisan Nasional tetapi parti nasionalis atau parti dipimpin orang Melayu sebagai korup.

“Kenyataan Lim Guan Eng kononnya undi PN di Pulau Pinang akan memadamkan Pulau Pinang yang jelas bertujuan untuk menakut-nakutkan dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan,” dakwa Khairil dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Khairil Nizam turut menegaskan bahawa mereka tidak akan mengikut jejak langkah DAP yang begitu terdesak hingga sanggup menjadi ‘batu api’ dengan menyentuh isu sensitif terbabit menjelang PRN nanti.

“PAS komited memberi keutamaan kepada isu rakyat serta tawaran Perikatan Nasional (PN) sebagai bahan kempen dalam PRN akan datang seperti yang telah ditegaskan oleh Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man

“Rakyat harus difahamkan bahawa politik ini bertujuan untuk membangkitkan isu rakyat serta mencari penyelesaian bukannya mewujudkan persengketaan serta kebencian seperti yang dilakukan DAP,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail turut memberi peringatan kepada parti politik yang terlibat dalam PRN supaya tidak menyentuh isu sensitif melibatkan 3R.

Beliau berkata, jika perkara sedemikian berlaku, polis akan mengambil tindakan undang-undang dan boleh disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Sumber I FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo