NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP gugurkan Ean Yong Hian Wah, cadang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang



DAP menggugurkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah tetapi mencadangkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang.

Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook mengumumkan Ean Yong dicadangkan untuk menjadi pengerusi badan berkanun yang terletak bawah Kementerian Pengangkutan, portfolio dibawah Loke selaku menteri.

“Beliau (Ean Yong) akan ditugaskan dalam tugasan di peringkat persekutuan, saya telah mencadangkannya (dilantik) sebagai pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang,” katanya dipetik laporan FMT.

Ean Yong merupakan Timbalan Ketua DAP Selangor menyandang kerusi DUN Seri Kembangan selama tiga penggal bermula 2008 dan pernah menjadi Exco Kerajaan Selangor.

Loke juga mengumumkan penyandang DUN Banting, Lau Weng San yang turut digugurkan dicadang sebagai Speaker DUN Selangor sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO menang Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti.

“Sebelum ini kita ada 16 kerusi dan salah seorang daripadanya dilantik Speaker, dengan formula dimuktamadkan PM (Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim) di mana DAP hanya bertanding 15 kerusi (PRN) maka dicadangkan kita kekal Speaker.

“Tetapi di kalangan bukan ADUN,” katanya yang mencadangkan lantikan jawatan itu.

Dusun Tua, antara dua kerusi disandang komponen Pakatan Harapan (PH) selain Gombak Setia diserahkan kepada UMNO pada PRN Selangor kali ini.


Sumber | Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo