NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Che’gu Bard dakwa bakal ditahan polis

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gu Bard mendedahkan beliau akan ditahan polis dalam masa terdekat.

Menurutnya, ia mungkin terkait ucapannya dalam satu ceramah politik di Pengkalan Chepa, awal bulan lalu.

“Saya dimaklumkan, sembilan laporan polis dibuat terhadap saya berkaitan ceramah itu, malah tiga minggu lalu, tiga kali polis datang ke rumah saya,” katanya ketika ditemui di hadapan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.

Katanya, beliau juga mendakwa polis turut memanggilnya untuk memberi keterangan susulan kenyataannya dalam siri ceramah di Sungai Acheh, namun beliau enggan berbuat demikian.

Che’gu Bard berkata, beliau memutuskan untuk tidak hadir memberi keterangan dan kerjasama kerana polis masih ‘hutang’ kepadanya berhubung siasatan terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkait isu Jom Ziarah Gereja.

Katanya, tindakan menolak untuk bekerjasama adalah sebagai bantahan kerana mendakwa polis tidak menyiasat laporan dibuatnya terhadap Menteri Belia dan Sukan itu.

“Sudah setengah tahun saya tunggu tetapi tiada tindakan. Saya juga sedar penolakan untuk kerjasama dengan polis akan menyebabkan saya ditangkap.

“Sudah 39 kali saya duduk di lokap polis dan akan duduk kali ke-40, namun saya rasa Alhamdulillah kerana mempertahankan akidah anak bangsa,” katanya lagi. – UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo