NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Central Global bina projek pembangunan RM42.3 juta di Kedah



KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Central Global Bhd, Central Global Development Sdn Bhd (CGD) memeterai perjanjian dengan Permodalan Kedah Bhd (PKB) untuk membina pembangunan bercampur dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM42.3 juta.

Pembangunan itu terdiri daripada 20 lot kedai, 46 rumah dua tingkat, 53 rumah satu tingkat dan tapak komersial di 4.74 hektar (11.72 ekar) di Pendang, Kedah.

Central Global dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, pihak yang terbabit bersetuju bahawa semua kos yang ditanggung dalam pembangunan projek itu akan ditanggung sepenuhnya oleh CGD.

CGD akan membiayai projek itu menerusi dana yang dijana secara dalaman dan pinjaman bank.

Sementara itu, PKB akan membantu dalam proses permohonan kepada kerajaan negeri Kedah dan pihak berkuasa lain yang berkaitan untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan bagi projek terbabit.

Central Global berkata, pembangunan itu akan membolehkan kumpulan itu mengambil bahagian dan mendapat manfaat daripada usaha niaga berkenaan.

Perjanjian itu dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan dan aliran tunai Central Global pada masa hadapan.

-BERNAMA




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo