Muhyiddin ketika mengumumkan senarai 56 calon PERIKATAN NASIONAL (PN) yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 pada 12 Ogos ini. |
Selain itu, mereka juga telah melepasi tapisan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Insolvensi Malaysia.
Pengerusi PERIKATAN NASIONAL, Tan Sri Muhyiddin Yaasin berkata, calon-calon PN dipilih berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan tersebut.
“Syukurlah semua yang dipilih ini sudah melepasi saringan utama dan keputusan pemilihan calon ini dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan mengikut kriteria yang ditetapkan,” katanya katanya pada majlis pengumuman calon PN di sini, malam tadi.
Hadir sama dalam program tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man; serta Pengerusi PN Selangor, Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali dan pemimpin Gerakan Selangor.
Menurutnya lagi, PRN kali ini amat penting kerana ia bukan sahaja menentukan masa hadapan pentadbiran negeri, sebaliknya kesan di seluruh negara.
“Menjadi pemimpin merupakan satu amanah yang mana jika tidak dipikul dengan baik maka akan menjawab di hadapan Allah SWT kelak,” tambahnya.
PN yang terdiri daripada PAS, Bersatu, dan Gerakan mengumumkan akan bertanding di enam negeri yang terbabit dengan PRN dengan senarai 132 calon di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah telah diumumkan pada malam tadi. – HARAKAHDAILY 26/7/2023
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment