NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Calon Muda tarik diri bertanding kerusi DUN Repah



SEREMBAN - Calon dari Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Negeri Sembilan, Muhammad Noriswan Ishak tidak akan bertanding di bawah parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) ini.

Jawatankuasa Pilihan Raya Parti Muda memaklumkan, Muhammad Noriswan yang sebelum ini diumumkan sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Repah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding atas sebab-sebab peribadi.

"Kami ingin memaklumkan bahawa saudara Iswan Ishak tidak akan bertanding di bawah Parti Muda dalam pilihan raya negeri yang akan datang.

"Walaupun sebelum ini beliau diumumkan sebagai calon Muda untuk kerusi N36 DUN Repah, setelah berbincang, beliau telah mengambil keputusan untuk menarik diri atas sebab-sebab peribadi," kata jawatankuasa tersebut dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, parti itu juga mengucapkan terima kasih kepada Muhammad Noriswan atas kerjasama yang diberikan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.

Muhammad Noriswan sebelum ini dilapor menerima kecaman selepas video lamanya muncul semula di media sosial, yang didakwa menghina orang kurang upaya (OKU).

Dengan penarikan diri Muhammad Noriswan itu, Muda kini hanya mempunyai seorang calon dalam PRN Negeri Sembilan iaitu Ahmad Qusyairi Abdull Rahim yang bakal bertanding di kerusi DUN Temiang.

Secara keseluruhannya, Muda mempertaruhkan satu calon di Negeri Sembilan, Selangor (14), Pulau Pinang (tiga) dan Terengganu (satu).


Sumber I Sinar Harian 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo