Mohd Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan pernah didakwa atas sembilan pertuduhan menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3.09 juta. |
Isu UMNO meletak calon anak beranak tidak perlu diperbesarkan, kata calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid.
Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan yang juga isteri kepada Tan Sri Isa Samad ia bukan sesuatu yang luar biasa anak beranak bertanding dalam pilihan raya, tetapi yang penting adalah kemampuan seseorang calon untuk memberi kemenangan.
“Kami bukanlah ketandusan pemimpin tetapi UMNO dan BN memilih calon yang terbaik. Saya rasa Mohd. Najib juga sudah tunggu selama tiga penggal dalam Pemuda UMNO dan sepatutnya pilihan raya yang lalu lagi dia sudah bertanding cuma tidak ada rezeki.
“Namun kali ini, kebetulan pula rezeki untuk bertanding sama dengan saya dalam PRN Negeri Sembilan ini,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.
Bibi Sharliza dan anaknya Mohd Najib tercalon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini.
UMNO kelmarin di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, mengumumkan senarai 108 calon parti itu untuk bertanding di kerusi-kerusi DUN di enam buah negeri yang akan melaksanakan PRN pada bulan hadapan. Ia termasuk 17 orang calon yang akan bertanding mewakili parti itu di Negeri Sembilan.
Sementara itu, Bibi Sharliza memberitahu, isu wanita muda yang berada di luar bandar antara perkara yang akan diperjuangkan beliau di DUN Juasseh.
“Juasseh ini adalah kawasan luar bandar dan kampung tradisi, jadi ada dua teras sahaja yang saya mahu bawa untuk diperjuangkan iaitu memperkasakan dan mempertingkatkan infrastruktur dan modal insan di kampung tradisional.
“Saya juga mahu memperkasanakan wanita, dan wanita muda luar bandar, ini sangat penting, kita calon wanita dan pemimpin wanita harus membela nasib wanita,” katanya lagi.
Untuk rekod, Isa merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 hingga Mac 2004.
Pada 3 Februari 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Isa, 74, atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh FELDA.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC, di sini antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.
Hakim, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhi hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 54 tahun serta denda RM15.45 juta atau dipenjara 18 tahun, jika gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun selepas mahkamah memerintahkan supaya hukuman penjara itu berjalan serentak.
Kes rasuah Isa ketika ini masih berada di peringkat Mahkamah Rayuan.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment