NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

๐—–๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป, ๐—บ๐—ผ๐—ฑ๐—ฎ๐—น ๐—ฃ๐—›-๐—•๐—ก ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—น

๐—ฅ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ | ๐—–๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป, ๐—บ๐—ผ๐—ฑ๐—ฎ๐—น ๐—ฃ๐—›-๐—•๐—ก ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—น

Oleh IBNU JANIE

๐—•๐—”๐—ฅ๐—จ-๐—•๐—”๐—ฅ๐—จ ini kecoh juga sedikit tentang khabar angin kononnya berlaku perbalahan besar antara Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pusat, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beberapa minggu lepas timbul cerita Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi bersetuju untuk menyerahkan jawatan MB Kedah kepada Mukhris selepas PN berjaya membentuk kerajaan di Kedah nanti.

Beberapa bulan lepas pula tersebar khabar angin kononnya Tuan Guru Abdul Hadi bergaduh dengan Tan Sri Muhyiddin. Asas ceritanya apabila Tuan Guru Presiden PAS tidak hadir jamuan hari raya di kediaman Tan Sri Muhyiddin.

Selepas itu timbul pula cerita Tuan Guru Abdul Hadi mahu membawa Ahli-ahli Parlimen PAS menyertai Kerajaan PH-BN dan meninggalkan PN. Satu versi lagi katanya Tan Sri Muhyiddin pula mahu menendang PAS keluar dari PN. 

Bagi yang tahu apa sebenarnya yang berlaku kita cuma tergelak sahajalah. Yang tidak tahu mungkin gusar dan pening-pening lalat. 

Mengapa wujudnya cerita-cerita rekaan ini? PH-BN sekarang ini sangat tertekan. Situasi ekonomi negara di bawah pentadbiran PH-BN sangat buruk. Ringgit dan saham jatuh. Pelabur-pelabur asing keluar. Harga barangan semakin meningkat. Mereka buat perhimpunan dan ceramah orang tak datang. 

Dan kegusaran paling besar mereka sekarang ini adalah keengganan akar umbi Umno untuk mengundi calon-calon PH-DAP dan keengganan akar umbi PH-DAP untuk mengundi Umno.

Untuk mengatasi semua ini maka ada satu cara sahaja yang mereka boleh lakukan iaitu dengan mereka-reka cerita supaya kelihatan seolah-olah PN berada di dalam masalah dalaman. 

Daripada maklumat dalaman PH-BN yang penulis terima sebenarnya pada masa ini pasukan gerak saraf mereka ini sedang menjalankan konsep cerita rekaan sebagai modal yang masih tinggal pada mereka.

Mereka sudah tidak ada cara lain untuk menyerang PN melainkan melalui cerita rekaan ini. Itu yang penulis selalu sebut, bagaikan pertandingan bercerita, macam-macam cerita direka untuk menggambarkan seolah-olah PN dalam masalah.

Ini semua lebih kurang bagaikan siri drama pukul 7 di stesen televisyen, watak seorang perempuan yang cuba menggoda suami orang tetapi 'direject' oleh lelaki itu, kemudiannya mencuba berbagai-bagai cara untuk membuatkan keluarga bahagia lelaki yang diminati tadi agar berpisah dan bercerai-berai.

Biasanya segala fitnah dan cerita yang cuba direka itu nampak real dan nampak meyakinkan. 

Seorang pempengaruh media sosial PH-BN yang berasal dari Malaysia Timur adalah dalang kepada 'pusat cerita rekaan' ini. Dia akan mencetuskan cerita-cerita seperti ini di dalam program 'live' di media sosial miliknya.

Orang yang cerdik tahu tidak ada sebab untuk berlaku perpecahan dalam PN samada antara pemimpin PAS, Bersatu dan Gerakan atau pun di dalam parti sendiri. Buktinya tidak pernah berlaku perbalahan yang keras di dalam media antara pemimpin-pemimpin parti. 

Jika ada pun mungkin beberapa pemimpin Gerakan yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang 'ala-ala DAP'. Mungkin mereka rasa perlu nampak macam DAP supaya diundi oleh orang-orang Cina. Tidak perlu sebenarnya. Semuanya sudah ditangani dengan baik.

Namun tidak ada perbalahan yang besar antara sesama pemimpin PN. Ini berbeza dengan PH-BN. Berlaku sindir-menyindir; kecam-mengecam yang keras sesama mereka. Antaranya Fuad Zarkashi pernah menyindir Rafizi dengan kata-kata "jangan sampai rakyat kata Rafizi turun Ringgit naik". 

PH-BN hanya tinggal cerita-cerita rekaan ini sahajalah yang mereka ada sebagai senjata melawan PN dalam PRN kali ini. Jadi penyokong PN tak perlu percaya. Kita pun dah selalu diingatkan supaya berhati-hati dengan berita yang dibawa oleh orang-orang munafik. 

Tidak ada sebab untuk parti komponen PN yang diambang kemenangan untuk berpecah meninggalkan PN dan beralih kepada PH-BN di saat parti itu bakal bungkus dan karam. 

Biarlah penyokong-penyokong PH-BN sahaja yang percaya. Lagi pun mereka mudah percaya dan dikencing. Mereka memang satu hari tak kena kencing dengan pemimpin mereka memang tak keruan hidup mereka. 

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ช๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต, ๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—˜๐—ฑ๐—ถ๐˜๐—ผ๐—ฟ ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐˜ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—ฃ๐—ผ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—น ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ

Rencana ini juga disiarkan di ruangan Komen Editor Harakah cetak Edisi Isnin bertarikh 26 Jun 2023

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo