PAS bekerjasama dengan DAP dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat. - Foto BERNAMA |
KUALA LUMPUR: Meskipun dulu PAS dan DAP bersama dalam gabungan Barisan Altenatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR), parti itu menjelaskan pihaknya tidak pernah berwalak dengan parti itu, sebaliknya kerjasama termeterai bersandarkan syarat.
Ketua Pengarah Pilhan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata menyingkap detik kerjasama dengan DAP, pihaknya berpendirian tidak menjadi 'pak turut' kepada parti berkenaan.
Sebaliknya, beliau berkata kedua-dua pihak ada menandatangani perjanjian supaya PAS dapat melaksanakan agenda berasaskan Islam sekali gus menunjukkan prinsip dan pegangan yang menjadi perjuangan selama ini tidak tergadai semata-mata untuk mengikut telunjuk DAP ekoran kerjasama itu.
"Walak ini benda yang subjektif. Kita tak nampak macam telefon sangat subjektif. Selagi hang (kau) patuh sampai semua benda yang dia (DAP) suruh semua hang buat, itu walak (taat).
"Apa kehendak DAP semua ikut ... mengambil DAP sebagai pemimpin yang dipercayai. Itu saya kata (tafsiran) walak ini kena ustaz yang terjemahkan. Saya pun bukan (pakar) bidang itu. Tetapi setakat yang saya faham, memang kerjasama yang ada sekarang berwalak kepada DAP.
"Kerjasama PAS dengan DAP bersyarat. Kita tandatangani (perjanjian) supaya (kerjasama kedua-dua parti) tidak menghalang hasrat PAS untuk melaksanakan negara Islam.
"Jadi, prinsip kita tak pernah goyang. Langsung tak pernah digadaikan untuk bekerjasama dengan dia (DAP). Kalau 'you' (kau) tak boleh terima dasar kita (PAS), 'you out' (sila keluar).
"Kita berpecah dengan DAP (dulu) sebab dasar. Sebab walak itulah. Kita tak boleh walak dengan DAP sebab sampai sekarang hang (kau) ganggu dasar, perjuangan asas kami. 'Goodbyelah' (selamat tinggal)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam program bual bicara Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan yang disiarkan secara dalam talian malam ini.
Menjawab persoalan Khairy yang kerjasama Barisan Nasional (BN) dengan DAP juga ada menandatangani perjanjian, Muhammad Sanusi mempersoalkan butiran kandungan dalam dokumen perjanjian berkenaan.
"Tandatangan dekat mana saya pun tak tahu. Bila? Apa kandungannya pun saya tak tahu. Mungkin mereka tandatangan itu benda di luar pengetahuan saya. Saya tak boleh komen.
"Tetapi selama bekerjasama dengan DAP, pada 2002 bila DAP kata langkah mayat saya dulu untuk melaksanakan Islam, BA putus kerana DAP keluar (gabungan itu).
"Masa itu zaman (Allahyarham) Datuk Fadzil Noor. Bukan Tok Guru (Tan Sri Abdul) Hadi Awang. DAP keluar daripada BA dan selepas itu dia (DAP) terima balik perjuangan kita dan masuk (semula) Pakatan Rakyat," katanya.
Sumber I BH Online
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment