NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bersatu tanding 5 DUN di Terengganu : PAS



Bersatu akan bertanding lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu pada pilihan raya negeri (PRN), bulan depan

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Dr Alias Razak berkata perkara itu diputuskan secara bersama dalam Perikatan Nasional (PN).

“Sah dan muktamad Bersatu dapat lima kerusi DUN untuk PRN Terengganu. Perincian siapa calonnya dan di mana kerusi tersebut akan diumumkan malam esok,” katanya pada sidang media di Kuala Terengganu, hari ini.

Pengumuman calon bagi PRN dan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan di Masjid Rusila, Marang, esok.


Dalam pada itu, Alias yang juga penyandang kerusi DUN Bukit Tunggal menyeru agar kesemua calon  tanpa mengira parti tidak melakukan serangan peribadi sebaliknya berkempen secara sihat dan matang bagi mendepani PRN kali ini.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo